Thursday, 30 June 2016

"Saya kah si kafir harbi laknatullah yang wajib di bunuh?"

Sejak dahulu lagi orang bukan Islam telah diminta agar jangan sesekali mencampuri hukum atau peraturan yang terdapat di dalam agama lain terutama Islam.

Tetapi orang bukan Islam di dalam DAP dengan penuh yakin cuba menunjukkan bahawa mereka tahu segala-galanya tentang Islam disebabkan mendapat dokongan dan sokongan oleh sekutu mereka di kalangan umat Islam sendiri.

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh  Lim Kit Siang (LKS) “Adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?” Ternyata bahawa dia sedang mewujudkan persepsi negatif terhadap peraturan dan hukum-hakam yang terdapat di dalam  Islam.

Apabila hukum dan peraturan yang dikeluarkan sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa bahayanya  kafir harbi dalam kehidupan, secara sepontan si LKS terus melompat dan melabelkan bahawa beliau dan  bangsa lain sebagai sasaran yang wajib dibunuh.

Tidak perlulah Datuk Mufti Pahang berterus-terang untuk menyatakan siapakah sebenarnya ‘kafir harbi’ yang dimaksudkan. Perkara yang amat jelas ialah amat mudah. Jangan mencampuri atau apa juga halangan yang ingin dilakukan oleh agama Islam atas nama kesamarataan.

Seluruh umat Islam yang menjadi pendokong DAP dan LKS seharusnya sedar bahawa mencampuri urusan agama lain adalah satu sikap yang amat merbahaya dan akan menjurus kepada  kekacauan dalam negara.

Persoalan siapakah kafir harbi itu bukan tertakluk kepada  DAP atau anggotanya akan tetapi sesiapa sahaja yang cuba menghalang apa juga perkembangan Islam dan  memusuhi Islam sebagai satu ancaman.

Akta 355 yang bakal dibentangkan di Parlimen telah menjadi isu panas dikalangan DAP yang tidak memahami apa yang tersirat didalam akta tersebut.

DAP terus memutar belitkan bahawa Akta tersebut adalah hudud dan menimbulkan ketakutan  dikalangan bangsa lain yang bukan beragama Islam.

Seharusnya DAP mendiamkan diri sebagaimana orang Islam di Malaysia tidak pernah mempertikaikan apa juga adat budaya dan juga resam yang menjadi amalan agama yang mereka anuti.

DAP melalui hak asasi manusia juga telah mencampuri urusan agama Islam di dalam tuntutan IFC yang berkaitan Islam, murtad, perkahwinan, zakat, status agama dimainkan atas nama  hak asasi dan juga kesamarataan.

Majoriti Muslim di negara ini amat tidak selesa bila segala peraturan yang ada di dalam agama Islam dipertikaikan  oleh non Muslim atas nama kesamarataan.

Kata LKS, label ‘kafir harbi’ itu amat bahaya dan berbaur hasutan serta boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara yang memayungi masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama.

Jika LKS sudah tahu betapa bahayanya mencampuri urusan agama lain, seharusnya dia sepatutnya menghalang anggota  DAP atau mana-mana sekutu mereka atau dirinya sendiri dari mengeluarkan apa juga kenyataan yang berhubung kait dengan agama Islam.

Satus kafir harbi itu tidak merangkumi isu berkaitan kemasyarakatan sebagaimana yang di viralkan. Isu kafir harbi ialah perkara yang menggugat atau cubaan menghalang apa juga perkara yang melibatkan Islam.

Adalah lebih baik beliau tidak berkata dan menyokong apa juga tindakan yang mencampuri urusan agama lain terutama agama Islam dan menghalang NGO-NGO  yang mempertikaikan  isu berkaitan Islam dalam IFC.

Melabelkan isu kafir harbi oleh LKS sebagai  pemikiran ekstrem agama ala ISIS adalah satu penghinaan terhadap hukum hakam agama di dalam Islam. 

Adakah umat Islam perlu bersubahat dan bersekongkol dengan putar belit LKS tentang mewujudkan persepsi negatif agama Islam yang dimainkannya selama ini?

Malang sungguh menjadi seorang Muslim jika sentiasa 'mengiakan' muslihat LKS dan konco-konco nya di dalam DAP!! 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...