Viral baru-baru ini satu posting fb seperti gambar di atas. Maka, MAIWP
terpanggil untuk bagi penjelasan
Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di
Wilayah Persekutuan.
Pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta
kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri.
Begitulah MAIWP memanfaatkan zakat yang anda bayar. Tidak pernah kami
menyimpannya untuk sebarang kepentingan.
Sungguh luas ilmu Zakat itu.
Mungkin dia pakar ilmu Matematik tapi bodoh Ilmu
Zakat.
Kita ada Al-Quran dan Sunnah untuk dapatkan jawapan matematik nya.
Kalau RM70 juta dibahagi satu juta seorang kepada 70 orang asnaf.......
Bagaimana pula dengan penerima seramai hampir 30,000 yang menerima bantuan
secara bulanan dari MAIWP?
Bagaimana pula dengan institusi masjid, surau, sekolah rendah agama yang menerima
dana zakat bagi membiayai bilal, imam, noja dan guru KAFA?
Bagaimana dengan lebih 23,000 pelajar sekolah yang menerima bantuan zakat untuk
belajar?
Bila hati ada sifat dengki dan perasaan dirinya sahaja yang bijak, rupanya orang lain nampak dirinya bodoh!

No comments:
Post a Comment