Umat Islam Malaysia
kini sedang ‘diserang’ oleh sebuah organisasi politik dan sekutu-sekutunya
dengan agenda liberal di negara ini.
Organisasi politik terbabit saling bekerjasama bagi
melalaikan umat Islam daripada bahaya yang sedang dialami mereka.
Elit Melayu berfahaman neo liberal akan menjadi pelindung
kepada dakyah puak-puak yang cuba menyebarkan fahaman liberisme kepada Islam.
Golongan Melayu elit neo ini akan mengeluarkan kenyataan
meminta umat Islam supaya ‘berpandangan terbuka’ terhadap anutan Islam.
Umat Islam tidak kira ideologi dan bangsa, harus sedar dan bersama-sama mempertahankan Islam yang dibawa Nabi S.A.W.
Pemerintah pula perlu bertindak tegas berdasarkan undang-undang negara bagi melindungi masyarakat Islam yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam
ini.
Ulama-ulama seharusnya mengelak 'bercakaran' sesama sendiri di laman-laman sosial dengan membuktikan 'keintelektualan agama' siapakah yang paling hebat!
Sedang umat leka dengan khilaf 'korek telinga bulan Ramadhan hukumnya batal puasa atau tidak', kini sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih dan agrasif menjalankan dakyah dan berbangga berjaya memurtadkan ramai Islam khususnya Melayu.

Kumpulan LGBT pula kini telah lebih berani bersuara.
Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis dengan pelbagai nama seperti Seksualiti Merdeka dan pelbagai lagi.
Mereka disokong kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik berfahaman
liberal.
Umat Islam mestilah sedar dan perlu bangkit daripada tidur
dan bukan menyokong membabi buta disebabkan agenda politik.
Golongan neo liberal Melayu yang mempunyai agenda politik
tertentu dengan memperjuangkan reformasi dan tajdid dalam negara tetapi pada
masa sama menghasut umat Islam supaya tidak mengambil serius ancaman liberisme.
Ego dan perasaan ‘kuat iman’ sesetengah 'ulama politik' mempertahankan apa-apa saja program yang dijalankan oleh puak-puak laknatullah ini, asalkan ada keuntungan kepada ideologi partisan yang dianutinya.
Setiap tindak tanduk puak-puak liberal di dalam Bersih sentiasa disokong oleh jenis 'ulama ini'.
Setiap tindak tanduk puak-puak liberal di dalam Bersih sentiasa disokong oleh jenis 'ulama ini'.
Sebelum ini, seorang ahli akademik tempatan meluahkan rasa
bimbang beliau terhadap agenda sebuah pertubuhan politik berdakwah dan
memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama yang diperjuangkan
mereka.
Kebimbangan beliau itu diperlekehkan oleh pemimpin Melayu
Pakatan Harapan yang mempertahankan DAP dengan berhujah buku itu bersifat
`ilmiah’ dan mengejek ahli akademik terbabit kononnya iman beliau terlalu lemah
kerana takut dengan penulisan tersebut.
Kalau ada 'ulama' berfikiran seperti ini, bagaimanakah keadaannya akidah anak-anak kita sepuluh tahun akan datang?
Jihad mempertahankan akidah!
Kalau ada 'ulama' berfikiran seperti ini, bagaimanakah keadaannya akidah anak-anak kita sepuluh tahun akan datang?
Jihad mempertahankan akidah!