Wednesday, 21 June 2017

Awas, Pakatan Neo Liberisme sedang menyerang umat Islam di Malaysia!

Umat Islam Malaysia kini sedang ‘diserang’ oleh sebuah organisasi politik dan sekutu-sekutunya dengan agenda liberal di negara ini.

Organisasi politik terbabit saling bekerjasama bagi melalaikan umat Islam daripada bahaya yang sedang dialami mereka.

Elit Melayu berfahaman neo liberal akan menjadi pelindung kepada dakyah puak-puak yang cuba menyebarkan fahaman liberisme kepada Islam.

Golongan Melayu elit neo ini akan mengeluarkan kenyataan meminta umat Islam supaya ‘berpandangan terbuka’ terhadap anutan Islam.

Umat Islam tidak kira ideologi dan bangsa, harus sedar dan bersama-sama mempertahankan Islam yang dibawa Nabi S.A.W.

Pemerintah pula perlu bertindak tegas berdasarkan undang-undang negara bagi melindungi masyarakat Islam yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam ini.

Ulama-ulama seharusnya mengelak 'bercakaran' sesama sendiri di laman-laman sosial dengan membuktikan 'keintelektualan agama' siapakah yang paling hebat!


Sedang umat leka dengan khilaf 'korek telinga bulan Ramadhan hukumnya batal puasa atau tidak',  kini sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih dan agrasif menjalankan dakyah dan berbangga berjaya memurtadkan ramai Islam khususnya Melayu.

Kumpulan LGBT pula kini telah lebih berani bersuara.

Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis dengan pelbagai nama seperti Seksualiti Merdeka dan pelbagai lagi.

Mereka disokong kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik berfahaman liberal.

Umat Islam mestilah sedar dan perlu bangkit daripada tidur dan bukan menyokong membabi buta disebabkan agenda politik.

Golongan neo liberal Melayu yang mempunyai agenda politik tertentu dengan memperjuangkan reformasi dan tajdid dalam negara tetapi pada masa sama menghasut umat Islam supaya tidak mengambil serius ancaman liberisme.

Ego dan perasaan ‘kuat iman’ sesetengah 'ulama politik' mempertahankan apa-apa saja program yang dijalankan oleh puak-puak laknatullah ini, asalkan ada keuntungan kepada ideologi partisan yang dianutinya.

Setiap tindak tanduk puak-puak liberal di dalam Bersih sentiasa disokong oleh jenis 'ulama ini'.

Sebelum ini, seorang ahli akademik tempatan meluahkan rasa bimbang beliau terhadap agenda sebuah pertubuhan politik berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama yang diperjuangkan mereka.

Kebimbangan beliau itu diperlekehkan oleh pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang mempertahankan DAP dengan berhujah buku itu bersifat `ilmiah’ dan mengejek ahli akademik terbabit kononnya iman beliau terlalu lemah kerana takut dengan penulisan tersebut.

Kalau ada 'ulama' berfikiran seperti ini, bagaimanakah keadaannya akidah anak-anak kita sepuluh tahun akan datang?


Jihad mempertahankan akidah!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...