Wednesday, 14 June 2017

Gosep Hari Raya Terbesar Abad Ini

Isu FGV Bakal Jadi Gosip Pertemuan Aidil Fitri tahun ini.

Percaya atau tidak!

Tidak akan ada gosip lebih besar pada pertemuan cuti raya balik kampung tahun ini kecuali isu FGV.

Memang raya tujuannya meraikan kemenangan ibadah Ramadan, tetapi warna-warni pertemuan terutama soalan kepada warga perantauan yang pulang ke kampung tentunya pasal FGV!

Pegawai kerajaan, profesional dan pelajar universiti akan dijadikan pakar rujuk.

Malahan, Pak Imam masjid dahi hitam, Pak Lebai, Pak Cik, Mak Cik, kaki lepak warong kopi dan sapa-sapa saja jugak boleh jadi 'pakar rujuk utama'!

Apa lagi, dalam media-media sosial, siang malam si troll kerjanya asyek mengumpul koleksi dosa-dosa kering dengan sumpah seranah caci maki macam persatuan Kak Bedah mulut-mulut  Neraka se dunia walaupun tak tahu hujung pangkal!

Percaya le, gosep FGV akan ditambah dengan isu-isu 1MDB, derma 2.5 bilion, KWSP rugi, Tabung Haji rugi dan seterusnya melalut sehingga lewat malam, sehingga terlewat bangun pagi sembahyang raya!

Namun dalam ceria beramah mesra pada hari raya, pasti kemelut FGV akan jadi bualan pokok.

Pastinya lebih hangat daripada cerita jari anak jiran sebelah rumah putus dek mercun bola dan lebih pedas daripada sambal lontong dan sambal tumis 'Nasi Lemak Anak Dara'!

Siapa kebas duit FGV?

CEO FGV dicutikan kerana cuba selamatkan Felda!

Konspirasi Isa Samad!

Tutup masalah kroni! 

CEO dipecat sebab enggan bersetuju dengan kehendak tangan ghaib mahu melaburkan RM850 juta duit FGV ke bisnes bukan teras?

Duit ada RM1.4 bilion, hutang pula RM4 bilion,jadi benarkah kemelut kewangan punca CEO dan Pengerusi bertelagah?

Asthfirllah….hilang pahala puasa aku tahun ni!

Jika tiada penjelasan tegas dari kerajaan, Aidil Fitri tahun ni pasti dipenuhi gosip liar isu FGV.

Walaupun suasana tidak membahang sekarang, namun hakikatnya rakyat sedang menantikan pencerahan.

Portal pembangkang memainkan isu FGV dengan pelbagai spekulasi yang memberi persepsi buruk kepada kerajaan.

Hampir setiap hari isu FGV menjadi bahan utama.

Rakyat ingin kesahihan tentang isu ini!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...