Terdapat golongan dan NGO yang berusaha supaya Islam di
negara ini membuka pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh
penganutnya.
Golongan dan NGO itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa
urusan negara adalah kepunyaan manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T
Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri
sendiri dan kanak-kanak yang dipakaikan tudung juga dianggap sebagai berunsur
jinayah.
Berpakaian dengan mendedahkan sebahagian besar tubuh hingga
hampir berbogel adalah hak kebebasan yang perlu dihormati.
Pihak berwajib yang menjalankan tanggunjawab menyuruh kepada
yang baik dan mencegah kemungkaran dituduh pula sebagai mengancam masyarakat.
Bagi golongan ini, individu yang melakukan kemungkaran perlu
dilindungi kerana ianya hak kebebasan.
Golongan dan NGO seperti itu sebenarnya mahukan Islam tanpa
hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu yang jelik.
Mereka merupakan pendokong jenama liberal dan sekular dengan
mengenepikan aqidah, syariat dan akhlak yang kononnya sealiran dengan zaman
terkini.
Media sosial digunakan untuk menyebarkan maklumat tersebut
dalam dunia tanpa sempadan.
Baca lagi:
https://www.menara.my/hapuskan-undang-undang-pikat-isteri-orang-sis/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/22/reason-is-part-of-islamic-scholarship-says-academic/
Baca lagi:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/22/reason-is-part-of-islamic-scholarship-says-academic/
No comments:
Post a Comment