Thursday, 1 February 2018

Bila tiba PRU!


Tindakan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) yang sering menggunakan isu pendidikan Cina sebagai modal politik setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tidak bertanggungjawab. 

Ianya menjadikan bidang pendidikan sebagai modal perjudian dengan tujuan melakukan barter trade dengan pihak kerajaan bagi kepentingan peribadi mereka. 

Dong Zong juga sejak dahulu sering menyalak setiap kali menjelang PRU sahaja dengan tujuan meraih perhatian kerajaan walaupun banyak ruang untuk berbuat demikan di luar musim pilihan raya. 

Tindakan mereka yang mendesak kerajaan untuk menambah 34 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) juga dilihat seolah-olah menangguk di air keruh.

Ia hanya disuarakan tatkala PRU 14 semakin hampir sedangkan tidak ada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian kerana masih banyak SJKC seluruh negara yang mengalami masalah kekurangan murid.

Selain itu, bilangan sekolah kebangsaan adalah mencukupi untuk menampung keperluan pendidikan rendah di kawasan yang tidak mempunyai SJKC. 

Justeru adalah tidak perlu sama sekali untuk kerajaan menambah SJKC baru semata-mata untuk kepuasan peribadi golongan cauvinis Cina seperti Dong Zong. 

Selain itu, Dong Zong juga sering dilihat berniat jahat dengan menggunakan isu pendidikan Cina bagi ‘mengugut’ kerajaan dengan menjadikan undi kaum Cina sebagai ‘umpan’ pilihan raya. 

Sikap mereka ini jelas sekali amat biadap dan tidak beretika, memperkudakan pendidikan sebagai umpan politik setiap kali menjelang PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK). 

Sewajarnya sistem pendidikan di negara ini tidak dijadikan modal politik dan diperkudakan untuk kepentingan peribadi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Biarkan pihak berautoriti sahaja yang mengeluarkan hukum!



Apa-apa kenyataan yang melibatkan hukum halal atau haram adalah elok dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.



Apa-apa isu berkaitan bab hukum ini sebaiknya dikeluarkan oleh pihak Mufti, sebaliknya jika NGO-NGO atau politikus mula keluar hukum, negara ini akan jadi porak peranda.



Walaupun kita bersetuju dengan sesuatu pandangan itu, namun kita tiada hak mengeluarkan hukum sendiri kerana ini melibatkan soal adab.



Sepatutnya Jika perkara-perkara melibatkan kemasyarakatan biarlah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai autoriti bersuara.



Semua ini adalah soal adab dan setiap anggota masyarakat perlu menjaga adab masing-masing.



Kita sering bercakap tentang perjuangan Islam, tetapi kita sendiri membakul sampahkan adab.



Muslim perlu menjadi contoh dan menjaga adab.



Islam di Malaysia mempunyai badan rasmi yang lebih berautoriti iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan.

Begitu juga dengan Mufti-mufti di bawah kerajaan negeri-negeri Persekutuan Malaysia.

Biarkan institusi atau mereka yang berautoriti ini sahaja yang menjelas dan membuat keputusan tentang sesuatu hukum.



Jika terlalu ramai yang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang sesuatu hukum, pastinya masyarakat akan menjadi huru-hara.



Alangkah malangnya kita pada hari ini, bila antara agamawan menghentam sesama sendiri secara terbuka di laman-laman sosial, disebabkan sesuatu isu disebabkan perbezaan agenda politik!



Mengapa?


Jika perkara ini tidak ditangani dengan bijak sana, sudah pasti ianya akan menjatuhkan maruah institusi ulama itu sendiri.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...