Thursday, 1 February 2018

Bila tiba PRU!


Tindakan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) yang sering menggunakan isu pendidikan Cina sebagai modal politik setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tidak bertanggungjawab. 

Ianya menjadikan bidang pendidikan sebagai modal perjudian dengan tujuan melakukan barter trade dengan pihak kerajaan bagi kepentingan peribadi mereka. 

Dong Zong juga sejak dahulu sering menyalak setiap kali menjelang PRU sahaja dengan tujuan meraih perhatian kerajaan walaupun banyak ruang untuk berbuat demikan di luar musim pilihan raya. 

Tindakan mereka yang mendesak kerajaan untuk menambah 34 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) juga dilihat seolah-olah menangguk di air keruh.

Ia hanya disuarakan tatkala PRU 14 semakin hampir sedangkan tidak ada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian kerana masih banyak SJKC seluruh negara yang mengalami masalah kekurangan murid.

Selain itu, bilangan sekolah kebangsaan adalah mencukupi untuk menampung keperluan pendidikan rendah di kawasan yang tidak mempunyai SJKC. 

Justeru adalah tidak perlu sama sekali untuk kerajaan menambah SJKC baru semata-mata untuk kepuasan peribadi golongan cauvinis Cina seperti Dong Zong. 

Selain itu, Dong Zong juga sering dilihat berniat jahat dengan menggunakan isu pendidikan Cina bagi ‘mengugut’ kerajaan dengan menjadikan undi kaum Cina sebagai ‘umpan’ pilihan raya. 

Sikap mereka ini jelas sekali amat biadap dan tidak beretika, memperkudakan pendidikan sebagai umpan politik setiap kali menjelang PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK). 

Sewajarnya sistem pendidikan di negara ini tidak dijadikan modal politik dan diperkudakan untuk kepentingan peribadi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...