Apa-apa kenyataan yang melibatkan hukum halal atau haram
adalah elok dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.
Apa-apa isu berkaitan bab hukum ini sebaiknya dikeluarkan
oleh pihak Mufti, sebaliknya jika NGO-NGO atau politikus mula keluar hukum,
negara ini akan jadi porak peranda.
Walaupun kita bersetuju dengan sesuatu pandangan itu, namun
kita tiada hak mengeluarkan hukum sendiri kerana ini melibatkan soal adab.
Sepatutnya Jika perkara-perkara melibatkan kemasyarakatan
biarlah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai autoriti bersuara.
Semua ini adalah soal adab dan setiap anggota masyarakat
perlu menjaga adab masing-masing.
Kita sering bercakap tentang perjuangan Islam, tetapi kita sendiri membakul sampahkan adab.
Muslim perlu menjadi contoh dan menjaga adab.
Islam di Malaysia mempunyai badan rasmi yang lebih berautoriti
iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan.
Begitu juga dengan Mufti-mufti di bawah kerajaan negeri-negeri Persekutuan Malaysia.
Biarkan institusi atau mereka yang berautoriti ini sahaja yang menjelas dan membuat
keputusan tentang sesuatu hukum.
Jika terlalu ramai yang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang
sesuatu hukum, pastinya masyarakat akan menjadi huru-hara.
Alangkah malangnya kita pada hari ini, bila antara agamawan menghentam
sesama sendiri secara terbuka di laman-laman sosial, disebabkan sesuatu isu
disebabkan perbezaan agenda politik!
Mengapa?
Jika perkara ini tidak ditangani dengan bijak sana, sudah
pasti ianya akan menjatuhkan maruah institusi ulama itu sendiri.
No comments:
Post a Comment