Malaysia ada dasar dan Akta Pendidikan Negara sejak sekian
lama, maka semua pihak kena akur dengan dasar yang telah ditetapkan dan akta
yang telah diluluskan.
Janganlah padang rendah dengan lulusan SPM.
Selama ini puluhan tahun sudah ratusan ribu pelajar lulusan
SPM diterima masuk ke universiti-universiti luar negara termasuk 10 universiti
terbaik dunia.
Mereka telah berkhidmat untuk negara dengan cemerlang
sehingga Malaysia menjadi negara hebat malah sudah setanding dengan negara
maju.
Christina Liew sebelum ini dilaporkan mempertahankan
tuntutan komuniti Cina di Sabah yang mahu UEC diiktiraf di Sabah dengan
mendakwa UEC adalah penting dan diterima oleh universiti hebat antarabangsa.
Beberapa NGO berkaitan kaum Cina sejak beberapa dekad lalu
mendesak Malaysia supaya mengiktiraf UEC yang menggunakan kurikulum dari Taiwan
dan semua silibusnya menggunakan bahasa Cina sebagai kelayakan untuk memasuki
universiti awam.
Perkara ini sangat bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
mengutamakan bahasa Malaysia sebagai syarat penting dalam bidang akademik.
Jangan memandang rendah tahap pendidikan Kebangsaan yang selama ini menjadikan ramai professional-professional hebat termasuk dalam
kalangan kaum Cina sendiri yang dulunya belajar di sekolah-sekolah kebangsaan.
Sekarang bila sudah berjaya dan menjadi kaya raya hasil sekolah
tajaan kerajaan dan mampu menaja sekolah-sekolah Cina swasta, mereka pula perlecehkan
kelulusan SPM dan berkeras mahu UEC diterima.
No comments:
Post a Comment