British ketika itu tidak mahu
wujud integrasi antara orang Melayu dengan kaum lain bagi memelihara kuasa.
Kewujudan sekolah vernakular
ketika itu dikatakan untuk memelihara identiti orang Cina atau India, tetapi
matlamat sebenarnya adalah pecah dan perintah.
Dasar pentadbiran British ketika itu mahukan
lepasan sekolah vernakular menjadi orang suruhan seperti mata-mata dan pekerja
mereka sahaj.
Sekolah vernakular sekarang bukan
aliran nasional tetapi hanya mempunyai ciri nasional sahaja.
Dalam sudut nasional juga sekolah
vernakular tidak setanding dengan sekolah kebangsaan dan tidak boleh dijadikan
asas untuk membentuk negara bangsa.
Contoh impak SJKC yang dapat
dilihat hari ini dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, mereka bersifat
etnosentrik.
Mereka tidak mampu berbahasa
kebangsaan dan bahasa Inggeris dengan baik melainkan bahasa Mandarin sahaja.
Juga hidup dalam dunia sendiri
dan bergaul dalam kalangan mereka sahaja termasuklah membaca akhbar dan menonton
rancangan televisyen berbahasa Mandarin.
Struktur semula SJK dan disatukan
dalam satu aliran, sementara bahasa ibunda setiap etnik dijadikan komponen
dalam pendidikan untuk memelihara warisan setiap kaum.
No comments:
Post a Comment