Wednesday, 19 September 2018

Agenda tersusun liberal, sekular mahu ubah identiti Malaysia sebagai negara Islam


Desakan supaya kerajaan mengkaji semula undang-undang syariah memberi petanda jelas, wujud satu gerakan tersusun untuk mengubah identiti negara berteraskan Islam kepada liberal demokratik dan sekular.

Mereka yang mendesak perkara seumpama itu terlalu degil untuk menerima hakikat Islam adalah agama persekutuan.

Mereka yang berfahaman liberal ini perlu faham bahawa undang-undang syariah seharusnya diperkasakan, bukan dikaji semula.

Jelas bila dicadangkan pengukuhan rang undang-undang syariah, mereka keras menolak, padahal ia selari dengan kehendak Perlembagaan dan kehendak majoriti umat Melayu Islam negara ini.

Mahkamah syariah bukanlah satu institusi kelas kedua sebaliknya ia adalah sebuah institusi yang mempunyai kedudukan tersendiri malah telah wujud sebelum wujudnya sistem kehakiman sivil lagi.

Justeru, apabila Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman atau memberikan apa-apa perintah yang berada dalam bidang kuasanya, ia seharusnya dihormati oleh kesemua pihak.

Tindakan memperlekeh keputusan Mahkamah Syariah mencerminkan kesalahfahaman masyarakat mengenai amalan dwi-perundangan di Malaysia.

Kedua-dua institusi kehakiman syariah dan sivil mengandungi kuasa tersendiri dalam sebagaimana dalam perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), yang mendesak kerajaan mengkaji semula undang-undang Islam, termasuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman sebat syariah merupakan usaha berterusan untuk mengubah identiti Malaysia.

Pertubuhan liberal itu menganggap hukuman syariah bakal menggugat konsep federalisme antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apa yang diperkatakan mereka sebenarnya tiada langsung kaitan untuk menggugat konsep federalisme antara Parlimen dan DUN.

Sayangi Malaysiaku. Ini bererti fahami konsep Perlembagaan, sejarahnya, kontrak sosialnya, hak istimewa orang Melayu, Islam agama rasmi, bahasa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu.
Apa yang mereka sebutkan berniat jahat.

Inilah perjuangan COMANGO yang sentiasa mendesak agar inti dan teras Islam di Malaysia ini dihapuskan.

Mereka sudah mencabar Perlembagaan dan desakan mereka sekaligus bercanggah dengan tema Sayangi Malaysiaku.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...