Wednesday, 19 September 2018

Melayu dipandang rendah bila pemimpin Melayu menghina bangsa sendiri.

Kedudukan orang Melayu ‘di mata’ masyarakat sering dipandang rendah dek kerana tabiat pemimpin sendiri yang sering berlumba-lumba menghina bangsanya.

Orang Melayu seringkali menjadi mangsa pelabelan seperti pemalas, perasuah, pendengki dan lain-lain lagi.

Bahkan segelintir agamawan turut menyindir jika ada usaha-usaha untuk membangunkan kembali kekuatan orang Melayu.

Mereka dilebal sebagai bukan usaha yang Islamik.

Lebih malang lagi, apabila orang Melayu sentiasa dikaitkan dengan kebobrokan UMNO seolah-olah UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Sebab itu apabila ada pihak yang bercakap mengenai kepimpinan Melayu, secara spontan mereka mengkaitkan dengan rasuah, kleptokrasi dan lain-lain sedangkan kita membicarakan kepimpinan Melayu yang adil, soleh dan bijak serta berfikiran inklusif.

Walhal, perlu diingatkan, hanya segelintir saja orang Melayu dalam UMNO. Jutaan Melayu lain ada di luar sana.

Kebiasaannya, pemimpin politik yang rakus dengan kuasa dan anti-Melayu akan sentiasa mencanaikan kelemahan orang Melayu dan menganggap itu perjuangan rasis.

Melayu yang pendek akalnya menerima itu ibarat satu wahyu. 

Walhal, Islam itu sendiri tidak pernah mengajar rasis, ektremis maupun prejudis. 

Inilah sebenarnya sifat pemimpin Melayu yang kita perjuangkan bukan seperti yang didambakan oleh media-media sosial anti-Melayu.

Kepada semua pihak sama ada parti politik, NGO atau orang perseorangan yang berusaha menyatu dan membangunkan kembali jati diri Melayu untuk terus meng islah diri dan pemikiran sambil terus berusaha tanpa menghiraukan fitnah luaran.

Apabila bangsa Melayu yang soleh, bijak dan adil ini kuat dan bersatu saya amat yakin bangsa-bangsa lain juga akan aman, bahagia dan bersedia untuk bersama.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...