Friday, 25 November 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia


Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan satu idea yang hebat kerana merupakan satu-satunya kedai di negara ini yang menjual barangan pengguna dengan harga yang rendah. 

Mungkin idea ini diceduk dari konsep No Frills Supermarket yang terdapat di Kanada, di mana barangan yang dijual rata-ratanya mampu dibeli oleh rakyat marhain dan berpendapatan rendah dengan kualiti yang sama dengan barangan yang dijual di pasaran terbuka.



Namun begitu akhir-akhir ini, KR1M yang semakin mendapat sambutan menggalakan dari pelbagai golongan rakyat Malaysia mula diserang dan di condemned oleh golongan yang mempunyai agenda yang tertentu. 

Tidak kira apa fahaman politik yang dipegang, setiap kebaikan yang boleh dimenafaatkan dan tidak memudaratkan, maka kita haruslah bersyukur kerana ianya juga merupakan sebahagian rezeki dari Tuhan.

Serangan bermula apabila taikun besi The Lion Group yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan dan Peindustrian Cina Malaysia, Tan Sri William Cheng mengugut kerajaan akan memindahkan operasi syarikatnya ke Indonesia dan Thailand sekiranya kerajaan tidak mengenakan cukai import besi dari luar. 

Pada waktu yang sama rumusan dari satu mesyuarat di kalangan peniaga-peniaga runcit bangsa Cina yang dipengerusikan olehnya, mempertikaikan kewujudan KR1M kerana dianggap membunuh perniagaan runcit mereka.


Begitu berani bangsa lain sekarang ini bersuara bukan sahaja setakat memohon tetapi sehingga tahap mengugut kerana usaha kerajaan untuk menawarkan harga barangan keperluan dengan lebih murah ditentang habis-habisan. 

Apakah ini menjadi trends golongan ini sehinggakan usaha yang baik dan murni ini dilihat sebagai satu ancaman oleh puak-puak ini. Sekian lama mereka sudah berani bersuara lantang meminta itu dan ini sehingga tahap mengugut.

Selama ini pekedai-pekedai yang dipimpin oleh William Cheng ini menjual barangan dengan harga yang kadang-kadang tidak masuk dek akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan keperluan tertentu. 

Perkara ini amat menyusahkan kehidupan rakyat marhain yang berpendapatan rendah dan sedarhana yang rata-ratanya dari kaum Bumiputera.

Rantaian bekalan yang mengandungi pelbagai jenis barangan ini di bawah payung pelbagai jenis persatuan yang dikuasai oleh orang-orang Cina, dan ianya mampu mengugut kerajaan sekiranya sesuatu keputusan yang dibuat oeh kerajaan tidak mereka persetujui. 

KR1M ini merupakan satu-satunya entiti yang dapat memecahkan rantaian bekalan yang dikuasai mereka dengan menjual barangan 30% - 40% lebih murah berbanding harga yang mereka tawarkan kepada pengguna. 


Sebab itulah mereka akan menentang dengan apa cara sekalipun terutamanya melalui saluran politik konsep KR1M demi memonopoli dan membolot dengan perasaan tamak  haloba segala-galanya.

Sebenarnya rantaian barangan tidak termasuk di dalam Program Transformasi Kerajaan sedangkan ini perkara yang amat penting untuk mengelakkan monopoli dari segelintir golongan yang tamak. 

Disebabkan rantaian bekalan barangan dikuasai oleh mereka, kita melihat harga dinaikkan sesuka hati oleh persatuan-persatuan yang mejoritinya dikuasai oleh mereka dan akhirnya rakyat akan tertindas. 


Kalau kerajaan cuba menentukan sesuatu harga bekalan barangan pengguna, golongan ini akan cuba memporakperandakannya seperti sanggup membakar anak-anak ayam, menyembunyikan barangan tertentu, menghadkan pengeluaran makanan dari kilang dan sebagainya demi mendapatkan harga yang mereka kehendaki.

Kalau orang Melayu bersuara mempertahankan hak-hak mereka, mereka dilabel sebagai rasis dan bersikap perkauman, dan jika mereka menuntut, mereka anggap sebagai keadilan? 

Pada mereka Dasar Affirmatif mesti ditolak, tetapi Dasar Perlindungan untuk mereka mesti diteruskan, dan ini betul-betul double standard yang bersifat jahat.

“Kadang-kadang aku berasa hairan, ada orang Melayu ikut bersama-sama condemned apa yang baik untuk mereka sendiri, tetapi apa yang aku lihat, yang shopping sakan di KR1M ini mejoritinya adalah berbangsa Cina yang datang menaiki kereta mewah menjalar memborong apa sahaja yang ada dan segelintir bangsa kita hanya menjadi golongan yang hidupnya susah tapi sombong”

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...