Inilah padahnya
apabila manusia berstatus ustaz atau ulamak mengelirukan umat Melayu yang
rata-ratanya beragama Islam.
Isu kalimah Allah, pesta bogel dan
pesta meneguk arak masih lagi ‘panas’ kali ini dah timbul pulak isu ‘peluk
anjing’
Kononnya mazhab Miliki membenarkannya???
Sebenarnya Imam Malik sendiri tidak pernah menarik perkatan ‘najis muhallazah’
terhadap anjing.
Mana mungkin Imam Malik mengatasi
ajaran Rasulullah SAW terhadap haiwan ini!!!
Pernahkan di dalam mana-mana kitab
besar menyebutkan Imam Malik memelihara anjing???
Wahai ustaz dan ulamak,
berhentikanlah daripada perbuatan mengelirukan umat Islam dengan menggunakan
perkataan ‘KHILAF’.
Kan mejoriti umat Islam di Malaysia bermazhab Syafie, mana
mungkin seorang muslim mempraktikan pelbagai mazhab di dalam kehidupannya.
Tentu sekali porak peranda jadinya!!!
Contohnya kalau kentut tak payah
ambik wuduk sebab ikut mazhab Hanbali, boleh terus solat. Lama kelamaan nanti tak
akan ada orang yang berwuduk apabila
ingin bersolat sebab praktikan pelbagai mazhab.
Yang pasti keempat-empat mazhab
telah mengharamkan perbuatan dengan sengaja menyentuh sesuatu yang akan
menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh.
Menyentuh anjing dalam keadaan tubuh
kita atau tubuh anjing basah, lembab atau berair maka haramlah menurut mazhab
syafie kerana dalam keadaan ini najis akan berpindah.
Kenapa pula seluruh tubuh seekor anjing dianggap najis menurut mazhab syafie????
Kenapa pula seluruh tubuh seekor anjing dianggap najis menurut mazhab syafie????
Sudah pastinya anjing sentiasa
menjelirkan lidah dan menitiskan air liurnya untuk tujuan antaranya membersihkan
dirinya dengan menjilat dan menghilangkan haba dari tubuhnya di dalam cuaca
panas.
Selain itu, seluruh tubuh manusia
seperti tangan dan kedua tapak tangan sentiasa berada di dalam keadaan lembab.
Keadaan ini disebabkan pengeluaran
peluh melalui liang-liang roma melalui proses metabolisme tubuh yang berlaku secara berterusan di sepanjang hayat.
Keberangkalian tinggi air liur
anjing yang kita pegang akan melekat pada bulunya serta air liurnya yang
sentiasa menitis melalui lidahnya akan mengenai pakaian kita.
Ini belum lagi, peluh yang keluar dari tubuh
pemegang.
Dalam program I want 2 tauch a
dog, adakah peserta atau trainer yakin sepenuh keadaan tersebut tidak
berlaku???
Dan adakah semua mereka yakin
benar anjing atau tubuh mereka dalam keadaan kering dan tidak berpeluh????
Yang pastinya tentu sekali ada nya
syak berkaitan najis akan melekat pada pakaian dan tubuh!!!!
Nota foot:
- Ulamak dahulu selain tinggi disiplin ilmu agamanya, tinggi juga disiplin ilmu yang lain terutamanya ilmu sains dan teknologi.
- Jangan asyek mengeluarkan perkataan ‘KHILAF’ semata-mata tanpa mencari jalan penyelesaiannya, sedangkan mejoriti umat Islam yang cetek ilmu agamanya mudah terkeliru.
- Belum lagi dikelirukan dengan penggunaan Kalimah Allah dari pendakwah-pendakwah kristian selain agenda Islam Liberal!!!!


