Soalan bocor kertas matematik UPSR 2014:
1 liter Ron95 dan
diesel ------------ + 20 sen per liter
Jika 40 liter Ron95
dan diesel ------------ + RM 8.00
Jawapannya :
=A= Subsidi dikurangkan
=B= harga minyak naik
Jawapannya :
=A= Subsidi dikurangkan
=B= harga minyak naik
Pak Menteri KPDNKK
kata harga minyak tak naik, tetapi harga subsidi dikurangkan.
Persoalannya, yang
mana satu ni????? pengurangan subsidi minyak atau harga minyak naik??????
Pak Menterinya pulak
kata, walau rakyat terpaksa bayar lebih tetapi tak akan membebankan mereka.
Beliau berhujah
lagi, inflasi akan berlaku sedikit sahaja dan tak akan menyusahkan rakyat.
Namun RHB Research
telah mengunjurkan kadar inflasi akan naik hingga 3.4% berbanding 2.1% pada
2013.
Tapi kita kena percaya
cakap Pak Menteri itu, sebab dia kan Pak Menteri!!!! Rakyat kampungan yang
mengundi dia semasa PRU dulu sehingga diangkat jadi Pak menteri mana le tahu
bab-bab inflasi ni!!!!
Timbalan Pak Menteri
kewangan pulak memberi hujah yang lebih sensasi kononnya untuk meredakan kerisauan
rakyat gara-gara minyak naik harga dan rakyat boleh naik minyak.
Beliau membandingkan
harga petrol dan diesel dengan negara jiran yang dikatakan jauh lebih mahal.
Selain itu
membandingkan le pulak harga minyak di negara ini jauh lebih rendah berbanding
pasaran minyak dunia.
Siapa kata harga
minyak negara kita mahal????? Lihat perbandingannya????? Orang kampung toreh
getah pun boleh beli minyak!!!!!
Isunya adalah,
kenapa Pak Menteri ambil jalan mudah dan meremehkan pemikiran rakyat dengan
hujah-hujah bodoh seperti di atas????
Hujah-hujah tersebut
kan dah berkali-kali diulang cetak!!!!
Taka da hujah lain
ke????? Asyek copy paste je!!!!!!
Kerajaan tak perlu
terlalu apologetic apabila ingin mengurangkan subsidi atau menaikkan harga minyak?????
Rakyat jelata dah
faham semuanya!!!!! Tak perlu lah nak keluarkan hujah yang ala-ala bodoh ini.
Bukankah pengurangan
subsidi atau menaikkan harga minyak itu kan demi kebaikan dan kepentingan
rakyat jelata????
Itu Pak Menteri yang
cakap, bukan gua yang cakap da………
Pak Menteri bercakap
lagi, pengurangan subsidi akan menambahkan pendapatan negara dan ianya akan
digunakan untuk kepentingan rakyat secara berhemah dan tak boros
Hanya tersenyum sinis
…… itu yang gua mampu!!!!
Adakah cakap Pak
menteri itu terlalu ideal????
Atau………
Tak masuk akal?????
Atau………
50-50????
Lihatlah rakyat yang
tinggal di ceruk-ceruk kampung, kemudahan ada tetapi tang tu jugak tak ada pertambahan
sejak 10 tahun lalu.
Kampung tetap
ketinggalan, kadang-kadang lampu jalan pun tak ada, nak ke surau atau masjid gelap
gelita.
Lainlah di bandar,
nak ke kelab malam atau bersama Pak janggut ke SHAH ALAM OKTOBERFEST....
keadaannya terang benderang.
Dalam keadaan mabuk
pun boleh nampak jalan balik rumah.
Rakyat mempunyai
banyak pengalaman berkaitan impak kenaikkan harga minyak yang berlaku sebelum ini.
Janganlah
memperbodoh pemikiran rakyat, kerana mereka telah banyak belajar dari
pengalaman lalu.
Rakyat telah melihat
situasi ini selangkah ke hadapan.
Bukan seperti apa
yang digambarkan di dalam benak kepala Pak Menteri!!!!!
Pak Menteri berhujah
lagi dengan penuh ‘yakin’ dan ‘tersangat hebatnya’……
Bagi memastikan barangan
keperluan akan dijual dengan harga yang 'berpatutan' dan ‘tindakan tegas' akan
diambil kepada peniaga yang menaikkan harga barangan secara ‘berlebihan’.
Betul ke apa yang dicakap
oleh Pak Menteri ni?????
Berapakah skala ‘harga
berlebihan’ itu????
Dan ………………….
Berapa pula skala ‘harga
berpatutan’ itu????
Dan ………………….
Apa formulanya
menetapkan ‘harga patut dan harga tak patut’?????
'Tindakan tegas' hanya berupa amaran dan amaran tetap amaran dan seterusnya amaran.
Peniaga tetap buat perangai, semuanya kerana isunya minyak naik.
Harga barang tetap naik tak mahu turun-turun.
'Tindakan tegas' hanya berupa amaran dan amaran tetap amaran dan seterusnya amaran.
Peniaga tetap buat perangai, semuanya kerana isunya minyak naik.
Harga barang tetap naik tak mahu turun-turun.
Aku macam diperbodohkan
le pulak gamaknya!!!!!!!!!!!!!!
Nota: Minyak tetap akan
naik apabila anda mengisi penuh tangki kereta anda, dan minyak akan tetap turun
setakuk demi setakuk sehinga ke paras terendah!!!!!

No comments:
Post a Comment