Tuesday, 21 October 2014

I want 2 touch a cat .....

Sunnah Nabi apabila memelihara dan membelai si kucing berbanding anjing.
Inilah padahnya apabila manusia berstatus ustaz atau ulamak mengelirukan umat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Isu kalimah Allah, pesta bogel dan pesta meneguk arak masih lagi ‘panas’ kali ini dah timbul pulak isu ‘peluk anjing’

Kononnya mazhab Miliki membenarkannya??? Sebenarnya Imam Malik sendiri tidak pernah menarik perkatan ‘najis muhallazah’ terhadap anjing.

Mana mungkin Imam Malik mengatasi ajaran Rasulullah SAW terhadap haiwan ini!!!

Pernahkan di dalam mana-mana kitab besar menyebutkan Imam Malik memelihara anjing???

Wahai ustaz dan ulamak, berhentikanlah daripada perbuatan mengelirukan umat Islam dengan menggunakan perkataan ‘KHILAF’.

Kan mejoriti umat Islam di Malaysia bermazhab Syafie, mana mungkin seorang muslim mempraktikan pelbagai mazhab di dalam kehidupannya. Tentu sekali porak peranda jadinya!!! 

Contohnya kalau kentut tak payah ambik wuduk sebab ikut mazhab Hanbali, boleh terus solat. Lama kelamaan nanti tak akan ada orang yang  berwuduk apabila ingin bersolat sebab praktikan pelbagai mazhab.

Yang pasti keempat-empat mazhab telah mengharamkan perbuatan dengan sengaja menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas  tubuh.

Menyentuh anjing dalam keadaan tubuh kita atau tubuh anjing basah, lembab atau berair maka haramlah menurut mazhab syafie kerana dalam keadaan ini najis akan berpindah.

Kenapa pula seluruh tubuh seekor anjing dianggap najis menurut mazhab syafie????

Sudah pastinya anjing sentiasa menjelirkan lidah dan menitiskan air liurnya untuk tujuan antaranya membersihkan dirinya dengan menjilat dan menghilangkan haba dari tubuhnya di dalam cuaca panas.

Selain itu, seluruh tubuh manusia seperti tangan dan kedua tapak tangan sentiasa berada di dalam keadaan lembab. 

Keadaan ini disebabkan pengeluaran peluh melalui liang-liang roma melalui proses metabolisme tubuh yang berlaku secara berterusan di sepanjang hayat. 

Keberangkalian tinggi air liur anjing yang kita pegang akan melekat pada bulunya serta air liurnya yang sentiasa menitis melalui lidahnya akan mengenai pakaian kita.

Ini belum lagi, peluh yang keluar dari tubuh pemegang.

Dalam program I want 2 tauch a dog, adakah peserta atau trainer yakin sepenuh keadaan tersebut tidak berlaku???

Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tubuh mereka dalam keadaan kering dan tidak berpeluh????

Yang pastinya tentu sekali ada nya syak berkaitan najis akan melekat pada pakaian dan tubuh!!!!

Nota foot: 
  • Ulamak dahulu selain tinggi disiplin ilmu agamanya, tinggi juga disiplin ilmu yang lain terutamanya ilmu sains dan teknologi. 
  • Jangan asyek mengeluarkan perkataan ‘KHILAF’ semata-mata tanpa mencari jalan penyelesaiannya, sedangkan mejoriti umat Islam yang cetek ilmu agamanya mudah terkeliru. 
  • Belum lagi dikelirukan dengan penggunaan Kalimah Allah dari pendakwah-pendakwah kristian selain agenda Islam Liberal!!!! 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...