Keengganan
kaum bukan Melayu mendukung identiti Melayu mengakibatkan kegagalan Malaysia
untuk mewujudkan konsep perpaduan kaum dari segi bahasa dan pendidikan seperti
yang telah diamalkan di negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.
Kaum Baba dan Nyonya sudah lama menerapkan
konsep mendukung identiti Melayu. Mereka telah membuktikan walaupun telah identifikasi
diri mereka dengan budaya Melayu, identiti asal mereka tetap terpelihara.
Inilah
bentuk perpaduan sempurna, mereka mendukung identiti Melayu tanpa merasa
kehilangan identiti asal mereka.
Namun
apa yang berlaku sekarang, kaum bukan Melayu tidak sanggup mendukung identiti Melayu,
mereka hanya mahu meluhurkan identiti mereka sahaja.
Negara
kita dibina atas asas kemajmukan dan berteraskan ‘Dunia Melayu’. Sebab itu kaum
Cina di negara ini perlu ada pertimbangan wajar, bukannya menjadi ‘penentang’
kepada identiti Melayu.
Lebih
setengah abad Malaysia bebas dan merdeka, namun kaum Cina tetap teguh dengan jati
diri etnik mereka sahaja sehingga bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan
pun tidak mahu mereka pelajari.
Sewajarnya
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu dimansuhkan kerana ianya merupakan
intiti penghalang terhadap proses perpaduaan.
Sesungguhnya
tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua
aliran.
Sistem
pendidikan dua aliran di Malaysia telah terbukti banyak membawa kemudaratan terutamanya
berkaitan isu-isu polarisasi kaum.
Generasi
Y kini mempunyai jati diri yang pelbagai kerana mereka ‘direkrut’ oleh kepelbagaian
sistem pendidikan. Kedapatan di kalangan mereka telah gagal bertutur
menggunakan bahasa Kebangsaan dengan lancar.
Apalah
erti menjadi rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan pendatang dari Bangladesh,
Pakistan, Myanmar, Vietnam, Nepal dan lain-lain lagi???
Ada
di kalangan pendatang ini tidak sampai sebulan dengan mudah telah menguasai
bahasa Melayu dengan begitu lancar.
Mahu
atau tidak sebagai warganegara, mereka (kaum Cina) perlu menerima hakikat
bahawa asal negara ini adalah negara Melayu dan mereka mesti meluhurkan identiti
Melayu.
Pastinya
ada yang tidak kena dan sukses dengan sistem dua aliran yang telah
diperkenalkan melalui Penyata Razak hampir setengah abad yang lalu.
p/s : Kehebatan Bahasa Melayu melangkau ke benua Eropah apabila ianya digunapakai di dalam moto Squadron 36 dan 230 Tentera Udara British.
p/s : Kehebatan Bahasa Melayu melangkau ke benua Eropah apabila ianya digunapakai di dalam moto Squadron 36 dan 230 Tentera Udara British.

No comments:
Post a Comment