Banyak dana telah disalurkan kepada Penang Institute,
badan pemikir di bawah Kerajaan Pulau Pinang untuk menggerakkan kebangkitan
gelombang liberalisme di Malaysia.
Untuk menjayakan agenda melahirkan sebuah negara
berfikiran sekular, badan pemikirnya telah menggerakkan pelbagai
instrumen sokongan seperti mengukuhkan parti pemerintah, NGO-NGO dan parti-parti
Islam sokongan.
Program terbaharu anjuran Penang Institute yang bakal
dijalankan pada 23 Januari ini di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada usaha
mencapai matlamat tersebut.
Forum bertajuk Can Islamists
Be Liberals? diusahakan oleh Penang Institute dengan kerjasama
G25 Malaysia dan IRF (Islamic Renaissance Front).
Tetamu kehormat forum itu adalah Mustafa Akyol, seorang
penulis dan wartawan Turki yang berfahaman Liberal Classic.
Ucap utama Akyol akan dibahas oleh tiga ahli panel, Dr
Maszlee Malik, Wan Saiful Wan Jan dan Dato’ Dr Mujahid Yusoff Rawa.
Dr Maszlee adalah Ahli Majlis Syura IKRAM (Pertubuhan IKRAM
Malaysia), nama baharu kepada JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang susur galurnya
daripada pertubuhan pelajar Malaysia di United Kingdom yang dinamakan IRC (Islamic
Representative Council).
Sealiran dengan Dr Maszlee adalah Dr Mujahid
Yusof yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pusat
dan Pengerusi PAN Pulau Pinang.
Wan Saiful Wan Jan pula adalah bekas Mursyid Hizbi
(Hizbul Islami), satu pertubuhan pelajar yang dikaitkan dengan PAS
di UK.
Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institute
for Democracy and Economic Affairs), Editor AkademiMerdeka.org, projek
anjuran Atlas Global Initiative, Naib Presiden Rangkaian Istanbul untuk
Liberty dan satu-satu ahli dari Malaysia dalam Mont Pelerin Society,
sebuah pertubuhan Liberal peringkat dunia.
Wan Saiful dan Dr Aziz Bari bersama-sama
menggerakkan IDEAS untuk menjayakan agenda pemikiran liberalisme di Malaysia.
Dalam masa sama Wan Saiful juga mempunyai hubungan dengan Dr
Maszlee, di mana Ahli Majlis Syura IKRAM itu merupakan salah seorang felo
IDEAS.
Dr Ahmad Farouk Musa merupakan rakan kongsi
kepada Noor Farida Arifin, dua individu di belakang tabir yang
memainkan peranan menubuhkan G24 pada akhir tahun 2014.
Kedua-dua mereka sama-sama memperjuangkan aliran liberalisme
di negara ini.
Dr Ahmad Farouk merupakan Pengasas dan Pengerusi IRF
sementara Noor Farida merupakan salah seorang pengasas Sister In Islam (SIS).
Penang Intitute Induk terletak di 10 Brown Road, George
Town. Ahli Lembaga Pengarah, Lim Guan Eng (pengerusi), Liew Chin Tong, Steven
Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari (Pengarah Eksekutif)
Penang Institute (P1) Cawangan Kuala Lumpur dibuka pada 27
Februari 2014. Pengurus PI Cawangan Kuala Lumpur, Dr Ong Kian Ming dan Dr Abdul
Aziz Bari turut dilantik felo institut itu.



