Tuesday, 19 January 2016

Kebangkitan Gelombang Liberalisme di Malaysia


Banyak dana telah disalurkan kepada Penang Institute, badan pemikir di bawah Kerajaan Pulau Pinang untuk menggerakkan kebangkitan gelombang liberalisme di Malaysia.

Untuk menjayakan agenda melahirkan sebuah negara berfikiran sekular, badan pemikirnya telah menggerakkan pelbagai instrumen sokongan seperti mengukuhkan parti pemerintah, NGO-NGO dan parti-parti Islam sokongan.

Program terbaharu anjuran Penang Institute yang bakal dijalankan pada 23 Januari ini di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada usaha mencapai matlamat tersebut.

Forum bertajuk Can Islamists Be Liberals? diusahakan oleh Penang Institute dengan kerjasama G25 Malaysia dan IRF (Islamic Renaissance Front).

Tetamu kehormat forum itu adalah Mustafa Akyol, seorang penulis dan wartawan Turki yang berfahaman Liberal Classic.

Ucap utama Akyol akan dibahas oleh tiga ahli panel, Dr Maszlee Malik, Wan Saiful Wan Jan dan Dato’ Dr Mujahid Yusoff Rawa.

Dr Maszlee adalah Ahli Majlis Syura IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia), nama baharu kepada JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang susur galurnya daripada pertubuhan pelajar Malaysia di United Kingdom yang dinamakan IRC (Islamic Representative Council).

Sealiran dengan Dr Maszlee adalah Dr Mujahid Yusof yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pusat dan Pengerusi PAN Pulau Pinang.

Wan Saiful Wan Jan pula adalah bekas Mursyid Hizbi (Hizbul Islami), satu pertubuhan pelajar yang dikaitkan dengan PAS di UK.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Editor AkademiMerdeka.org, projek anjuran Atlas Global Initiative, Naib Presiden Rangkaian Istanbul untuk Liberty dan satu-satu ahli dari Malaysia dalam Mont Pelerin Society, sebuah pertubuhan Liberal peringkat dunia.

Wan Saiful dan Dr Aziz Bari bersama-sama menggerakkan IDEAS untuk menjayakan agenda pemikiran liberalisme di Malaysia.

Dalam masa sama Wan Saiful juga mempunyai hubungan dengan Dr Maszlee, di mana Ahli Majlis Syura IKRAM itu merupakan salah seorang felo IDEAS.

Dr Ahmad Farouk Musa merupakan rakan kongsi kepada Noor Farida Arifin, dua individu di belakang tabir yang memainkan peranan menubuhkan G24 pada akhir tahun 2014.

Kedua-dua mereka sama-sama memperjuangkan aliran liberalisme di negara ini.

Dr Ahmad Farouk merupakan Pengasas dan Pengerusi IRF sementara Noor Farida merupakan salah seorang pengasas Sister In Islam (SIS).




Penang Intitute Induk terletak di 10 Brown Road, George Town. Ahli Lembaga Pengarah, Lim Guan Eng (pengerusi), Liew Chin Tong, Steven Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari (Pengarah Eksekutif)



Penang Institute (P1) Cawangan Kuala Lumpur dibuka pada 27 Februari 2014. Pengurus PI Cawangan Kuala Lumpur, Dr Ong Kian Ming dan Dr Abdul Aziz Bari turut dilantik felo institut itu. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...