Seramai 74 peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui tidak berduit untuk makan, demikan tinjuan bebas yang dijalankan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini.
Tinjuan yang dilakukan bagi tempoh 24 Disember hingga 28
Disember 2015 itu, dibuat dengan cara pihak (MVM) menghantar 25,632 borang kaji
selidik melalui e-mail ke beberapa universiti terpilih.
Apa yang mengejutkan, ianya mendapat respon yang begitu
pantas, enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara
Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Seramai 44 peratus atau 11,120 mahasiswa didapati hanya
memakan nasi bujang kerana masalah kewangan.
Manakala 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mee
segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap
hari untuk makan.
Beberapa akhbar sebelum ini telah melaporkan mahasiswa menghadapi
masalah kewangan sehinggakan mereka terpaksa mengikat perut.
Berita ini baru betul-betul sahih!
Berita ini baru betul-betul sahih!

No comments:
Post a Comment