Apabila beberapa kerat Pak Menteri
membuat kenyataan bodoh yang mampu mengurangkan beban rakyat sedangkan
hakikatnya, hanya menambahkan kebencian.
Mereka tidak pernah belajar dari
pengalaman termasuk beberapa yang cukup dikenali dengan idea-idea bodoh.
Walaupun kenyataan bodoh mereka
sebelum ini sudah menjadi viral dan bahan lawak jenaka dalam media-media sosial,
tetapi tetap juga sikap bodoh sombong.
Pak-pak menteri yang berasa
dirinya hebat kerana melakukan dua tiga kerja dalam satu masa, janganlah
samakan kedudukan kalian dengan rakyat jelata.
Rakyat perlukan penyelesaian yang
bijak, bukan cadangan yang tidak berpijak di bumi nyata, apatah lagi dalam situasi
ekonomi serta suhu politik yang sedang panas sekarang ini.
Cuba belajarlah menjadi manusia
yang rasional dan bukan cuba mencari publisiti dan menunjukkan sikap mengampu bos
untuk kelangsungan politik.
Bukankah untuk menjadi seorang
Pak Menteri, sepatutnya mendengar rintihan rakyat dan mancari jalan cara
mengurangkan kesusahan mereka.
Sekarang bukan zaman untuk seseorang
pemimpin menjaja retorik, tetapi zaman pemimpin yang berkerja untuk rakyat
kerana mereka dipilih oleh rakyat untuk berbakti untuk rakyat.
Rakyat sekarang memerlukan pemimpin
yang bijak berkerja untuk mereka, bukan hanya pandai bercakap!
Rakyat sekarang mahu pemimpin
yang membuktikan prestasi yang cemerlang, bukannya yang suka mencetuskan
kontroversi dengan menyakitkan hati mereka!
Oleh itu, hentikanlah sikap gatal
mulut!
No comments:
Post a Comment