Saturday, 23 April 2016

APABILA MELAYU LEBIH CINA DARI CINA


Ridhuan Tee: Kuasa dan kekayaan mereka diguna untuk beli cai Melayu.

“Ultra kiasu sudah menguasai ekonomi sepenuhnya. Tetapi masih belum cukup.

Mereka mahu segala-galanya, terutama kuasa politik,” kata Ridhuan Tee dalam kolum Sinar Harian beliau.

Menurut Ridhuan, PRU14 adalah perjuangan hidup mati di mana mereka amat mengharapkan kemenangan. 

“Malah, mereka sudah bersedia dengan segala kelengkapan perang.”

‘Mereka’ puak ultra kiasu yang dirujuk Ridhuan adalah “dalam kalangan Kristian Evangelis yang sedang menguasai BN atau Pakatan”

Melayu jenis apa yang rela bersekongkol dengan musuh Islam?

“Evangelis amat bahaya,” pesan Ridhuan kepada para pembacanya.

Beliau mengingatkan umat Islam bahawa evangelis cemburu kerana kepentingan mereka dijejaskan oleh keistimewaan Islam dan kedudukan orang Melayu yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

Ridhuan juga menjelaskan bagaimana sifat evangelis yang anti-Islam telah mendorong mereka untuk memusuhi dan memecah-belahkan PAS sehingga tertubuhnya parti serpihan PAN.

Yang mereka suka ialah Melayu Islam jenis liberal yang sanggup “mencanangkan diversiti agar negara ini tidak ada identiti Islam dan Melayu”, sambungnya lagi.

Si Kitol — ‘senjata sulit’ dalam kempen pilihanraya ultra kiasu.

Dengan strategi mahu jauhkan Melayu dari Islam, pencacai-pencacai liberal (Melayu Islam yang digaji) parti ultra kiasu sedang berusaha memujuk masyarakat Melayu supaya tidak mengundi Umno dan PAS nanti, kata Ridhuan.

Tambah beliau, Melayu moden yang boleh diajak untuk “memperjuangkan pluralisme dan liberalisme” akan disasarkan sama ada “diambil bekerja di syarikat mereka” ataupun “dibeli” sekaligus.

“Kekayaan dan kuasa digunakan hari ini untuk membeli dan meliberalkan anak muda Melayu,” begitulah kesimpulan Ridhuan tentang percaturan si ultra kiasu yang pantang kalah.

Mereka bertekad menang pilihanraya dengan apa cara sekalipun, termasuklah menerusi kaedah gunakan Melayu untuk tipu Melayu.

Selain menipu dan membohong, Melayu yang makan dedak DAP pandai menyamar dan berlagak lebih Cina dari Cina.


Friday, 22 April 2016

Mengapakah begini ya Maulana, ya Seikh!


Terdapat ramai golongan yang melabelkan diri mereka sebagai pendakwah tetapi gemar pula memberi gelaran negatif kepada orang lain dan menganggap mereka lebih beriman, suci dan zuhud.

Mereka sering melibatkan diri dalam program-program tarbiyah Islamik namun status Facebook pula sibuk menghentam individu lain.

Golongan ini sewenangnya suka melabel dan menggelar orang lain dengan pelbagai gelaran dan label negatif seolah-olah mereka sahaja yang lebih kudus dan hebat dari segi kerja amal dan pendekatan dakwahnya.

Sesungguhnya Islam tidak meremehkan apa jua amalan makruf yang dibuat oleh orang lain, apatah lagi menggelar dengan pelbagai label yang buruk dan menyakitkan hati.

Penyakit hati yang merasakan dirinya sahaja yang hebat dan lebih dekat dengan Tuhan berbanding orang lain menandakan dirinya diresapi sifat bongkak, sombong, ujub, riak dan takkabur.

Sifat begini mudah menguasai diri apabila diselimuti dengan perasaan angkuh atas segala ibadah dan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya sehingga berasa diri lebih banyak beribadah dan beramal tetapi orang lain semuanya tak!

Wednesday, 20 April 2016

'Gurau je' .... hampeeeh!



Gara-gara mempercayai 100% ‘gurauan’, tidak tentu pasal seramai 3,954 pendeposit telah menutup akaun TH mereka manakala 3,105 lagi telah membatalkan pendaftaran mereka menunaikan fardhu haji..

Maklumat ini diberitahu oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajidi kepada Dewan Negara Selasa.

Katanya inilah kesannya kerana ‘gurauan’ oleh pembangkang terhadap institusi TH..

Menurut Dr Asyraf mereka yang membatalkan pendaftaran pergi haji melalui TH, perlu mendaftarkan diri mereka semula melalui sistem ‘ putar balik’  dengan menunggu giliran yang baru.

Katanya seperti yang tlah dibentangkan kedudukan kewangan Tabung Haji adalah tetap kukuh.

‘Gurauan’ tersebut berlaku adalah berpunca dari kelewatan sikit TH  mengumum pembayaran dividen seperti tahun lalu pada 28 Februari.

Sedangkan,katanya ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dan dividen akan dibayar selepas proses diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan lain-lain.


Di kala seseorang yang ‘bergurau’ telah meraih RM23,690 bagi simpanannya di TH, pendeposit terbabit hilang giliran menunaikan rukun Islam kelima. Hampehhh!

Bila sebut sahaja “PENYATUAN”, ramai juga di kalangan yang berhati hitam menggelupur kepanasan!



Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik.

Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.


"Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.

"Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, 'Persepsi', di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Zakir Naik, yang kini menjelajah Malaysia bagi menyampai syarahan agama, dituduh oleh pihak tertentu kononnya ceramah beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.

Sejak beberapa hari lepas, beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr Zakir Naik, dari India, berkata beliau percaya kedua-dua pemimpin parti itu bersedia bekerjasama membentuk kerajaan campuran, dan jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Bagaimanapun, katanya mungkin ada beberapa pihak di negara ini yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dan tidak mahu melihat UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran.

Dr Zakir Naik juga mencadangkan supaya lebih banyak program diadakan di negara ini bagi menjelaskan mengenai Islam kepada orang bukan Islam serta menghapuskan sebarang salah faham mereka tentang Islam.

Menurutnya pada pertemuan dengan Najib, beliau telah memaklumkan mengenai Persidangan Dunia Islam Dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Mumbai, India, baru-baru ini, dan perdana menteri bertanya sama ada persidangan itu boleh diadakan di Malaysia lapor Malaysiakini.


Tuesday, 12 April 2016

Marilah kita berperanan sebagai khaira ummah !


Negara digemparkan dengan pengumuman oleh KPN tentang pembatalan majlis ilmiah yang akan disampaikan oleh Dr Zakir Naik (DZN).

Kenapa beliau perlu di halang daripada menyampaikan pandangan beliau dengan terbuka dan aman?

Penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni beliau untuk menyatakan kebenaran Islam dan penyelewengan agama-agama lain.

Maka pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang sehabis-habisnya.

Tuduhan yang menyebut bahawa penganjuran ini akan menggugat ketenteraman awam atau sensitiviti agama adalah suatu tudahan yang tidak berasas.

Kepada pimpinan-pimpinan kerajaan di kalangan orang Islam, gerakan-gerakan Islam, parti-parti politik serta individu yang mengaku sebagai pejuang kepada kemulian serta keindahan Islam itu sendiri untuk bersikap ikhlas terhadap apa yang disebut sebagai perjuangan selama ini.

Buktikanlah dengan bersama-sama berdiri dalam satu barisan memastikan suasana Islam itu terus terpelihara.

Marilah kita bersatu hati membantah sekeras-kerasnya tindakan DAP, MIC, ekstrimis HINDRAF dan pihak-pihak yang berusaha menghalang kehadiran beliau berdakwah di negara ini.

Kepada umat Islam keseluruhannya, hendaklah kita sentiasa bersatu hati walaupun dengan pelbagai pandangan atau mazhab yang kita pegang.

Jangan jadikan kepelbagaian itu menjadi satu bala kepada kita yang akhirnya merugikan Islam tetapi jadikanlah kepelbagaian itu sebagai satu rahmat lalu menjadi asbab untuk kita berperanan sebagai khaira ummah.

Ingatlah bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara Islam, perkara ini jelas disebut dalam banyak perkara termasuk perlembagaan persekutuan yang menjadi tunjang kepada negara ini.

Oleh itu, sebarang usaha untuk menggugat Islam pada hakikatnya dia sedang mengancam paksi asasi negara ini dan sebarang tindakan untuk mengangkat Islam maka pada hakikatnya dia sedang berjuang untuk mempertahanakan antara paksi utama tanah air tercinta ini.


Perjuangan mereka hanyalah retorik!

 


Nampaknya, kelompok manusia di dalam NGO tertentu yang selama ini konon-kononnya menjuarai kebebasan bersuara, tidak memberi respon tentang keputusan PDRM membatalkan program ceramah pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik di UTeM.

Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya apabila kebebasan bersuara disekat, sebaliknya mereka mengunci mulut dan tidak bercakap mengenainya.

Satu masa dulu, apabila PDRM menghalang aktivis komunis dari Filipina serta aktivis demonstrasi Hong Kong masuk ke negara ini untuk berucap secara terbuka, puak-puak inilah yang menyalak dan mencaci maki, kononnya hak asasi (bercakap) dinafikan.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah, betapa sensitif isu tu terhadap umat Islam kalau nak diikutkan, tapi mereka bebas membahaskan secara terbuka, tak peduli sensitiviti pulak?

Katanya, hak kebebasan bersuara kononnya.

Tapi dalam kes DZN ini berbeza luar biasa.        

Terang dan jelas, selama ini perjuangan mereka hanyalah retorik!

Bukti Jelas Penentang Islam di Malaysia


Tindakan pihak tertentu mencerca dan menentang kehadiran Dr Zakir Naik di Malaysia, sebenarnya bukan ditujukan kepada pendakwah terkemuka itu.


Sebaliknya penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni Dr Zakir untuk menyatakan kebenaran mengenai agama Islam dan penyelewengan oleh agama-agama lain.


Pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah, apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang habis-habisan.


Umat Islam di negara ini sepatutnya bersatu teguh menyokong penuh kehadiran Dr Zakir ke negara ini.


Pendirian ini patut dibuat berasaskan kesedaran bahawa Dr Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal dalam hal ilmu berkaitan perbandingan agama.


Beliau telah mengangkat ketinggian Islam di mata masyarakat awam sama ada muslim dan bukan muslim dengan pembuktian kebenaran Islam secara berfakta dan perbandingan ajaran Islam dengan kelemahan-kelemahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam agama-agama lain.


Segalanya dilakukan dengan penuh fakta tanpa menyeru kepada apa juga bentuk ekstremisme mahupun kekerasan.

Sehubungan Ketua Polis Negara, harus menarik balik larangan ceramah Dr Zakir Naik khususnya di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), kerana ia sebahagian program akademik yang tidak wajar dikongkong.

Malah tajuk ceramah Dr Zakir Naik di universiti itu, Similarities between Hinduism and Islam, adalah tajuk yang cukup harmoni dan diyakini tidak menimbulkan perpecahan seperti yang dibimbangkan.

Monday, 11 April 2016

Beruntunglah Jadi Bukan Melayu di Malaysia!



Defence Minister: There is no Muslim officer in Navy because I cannot please all requests

When queried by Opposition MP Faisal Manap why there is not a single Muslim officer in the Navy, Defence Minister Ng Eng Hen said that he cannot please all requests. The Defence Minister side-stepped the question and said he is not able to accommodate all requests.


The Singapore Navy has an unspoken racist policy against Muslims Singaporeans and hence do not appoint them as commanders.

Below is the transcript of Minister Ng Eng Hen’s response:

“The point of the matter is he (Faisal) is quoting me and I don’t know what he is quoting. He can show what I actually said at the conference, I am happy to accommodate… Mr Faisal Manap said he doesn’t need to be reminded that we are a multi-racial multi-religious society but he is only championing in his speech for Muslims!

SMS Maliki made it clear that if each of us in this house, Muslims champion Muslims, Christians champion Christians, Buddhists champion Christians, we will never push for each group to fully push for their rights and their observances. And I think SMS Maliki was very clear where is practicable, we will lean forward. SAF, as is the rest of society, so in camps where there inadequate space, as you know, we have Muslim cookhouses, vegetarian food itself, but we made it clear for Navy, space is always a premium. So I think we have answered his question fairly.

…In SAF, I draw from all Singaporeans. I have people who do not eat beef, I have people with religious observances apart from Muslims, I have vegetarians and when we can we will accommodate. But the over-riding principle must be the SAF operational concerns must come first and individual needs must subsume after that…

And I am certain where there are situations I cannot please all and accommodate all requirements. I cannot hand on hard that all my mobile kitchens are Halal…”

Opposition MP Faisal Manap then later deflected the Minister’s political attack by reminding him that the GRC system is designed for minority candidates to speak up for minority’s interests and that there is nothing wrong with him as a Muslim speaking up for the Muslim community.

Cukup-cukuplah DR. MAZA & ASWAJA !



KUALA NERUS: Umat Islam perlu mengelak perbalahan yang boleh melemahkan kekuatan dan perpaduan ummah sehingga merugikan mereka sendiri. 

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, berkata lebih mendukacitakan umat Islam sendiri sanggup menggelar saudara seagama kafir hanya kerana tidak sehaluan dan sependapat dalam sesetengah perkara. 

"Orang Islam sekarang dalam keadaan lemah, sering mengkritik sesama sendiri, malah saling menggelarkan kafir kepada saudara seagama sendiri.

 "Dalam al-Quran, kita ditegah menggelar orang lain kafir. Kalau kita menggelar seseorang Islam itu kafir sedangkan tiada tanda dia kafir, maka kita yang memberikan gelaran itulah yang kafir. 

"Hanya Allah yang boleh menentukan sama ada seseorang itu kafir atau tidak," katanya dalam kuliahnya bertajuk `Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Umat Islam', pada Program Syarahan Umum Bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, malam ini. 

Lebih 30,000 orang menghadiri kuliah berkenaan termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Majlis itu turut disertai sesi soal jawab dengan hadirin. Pendakwah ulung dan ilmuwan Islam itu kini dalam siri jelajahnya di Terengganu selama seminggu bermula semalam. 

Dr Zakir berkata, apa yang dilihat sekarang, umat Islam cenderung memperbesarkan perkara kecil sehingga mencetuskan perbalahan sedangkan ia tidak langsung mengikut ajaran Islam. 

"Sesungguhnya sesiapa yang memecahbelahkan umat Islam sehingga berpuak-puak akan ke neraka. 

"Sehubungan itu, untuk selamatkan Islam dan memastikan Islam kuat dan berada di tempat paling atas di dunia ini, kita perlu kekal .


Ustaz Zamihan
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MALAYSIA (ASWAJA).


1. ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA dikatakan menjadi penentang kepada kedatang pendakwah bebas Dr Zakir Naik ke negara ini.


2. Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan HINDRAF. Di manakah akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam.


3. Apakah ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan sebegini apatah lagi dari seorang Mufti. ASWAJA meminta Mufti Perlis mengemukakan BUKTI berhubung sebarang bantahan ASWAJA terhadap Zakir Naik untuk masuk ke negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.

4.Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak 'suci' dan 'mulia'ini. Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk mengheret orang ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung pangkal. Sedangkan apa yang disebarkan oleh Mufti siber itu adalah sekadar tuduhan serta tohmahan tanpa sebarang bukti dan asas kukuh. ASWAJA tidak terkesan dengan cara Asri dalam usaha memburukkan imej ASWAJA.

5. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil kesempatan terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang sememangnya pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu. Bertaubatlah Asri, malulah dengan kedudukan anda sebagai Mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan.

6. Berdasarkan tuduhan Asri terhadap ASWAJA yang boleh mencalarkan imej pertubuhan ini, kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis ini. Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap ASWAJA berterusan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini. 

SEKALI LAGI, MUFTI PERLIS DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI YANG MANA ASWAJA MEMBANTAH ZAKIR NAIK KE NEGARA INI.

Sekian terima kasih.
10 April 2016



Saturday, 9 April 2016

HINDRAF adalah Pelampau Agama


Apabila membaca kenyataan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, yang mengatakan Dr Zakir Naik sebagai ‘deviant foreign preacher’ (pendakwah asing yang sesat) menunjukkan  sekali lagi Hindraf masuk campur dalam urusan hal ehwal agama Islam di Malaysia.  

Dr Zakir telah berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu di dalam ceramah-ceramahnya di seluruh dunia.

Sebab itu umat Islam faham benar kenapa Waythamoorthy dan Hindrafnya sangat geram kepada Dr Zakir Naik dan meminta kerajaan membatalkan siri ceramah di negara ini selain menghalang pendakwah itu daripada memasuki Malaysia.

Sudah pastilah, ketua gerakan hak asasi manusia Hindu yang kuat kehiduannya ini bimbang ramai penganut Hindu di Malaysia yang akan terpengaruh dengan ceramah Dr Zakir dan memeluk Islam.

Tetapi hairan nya, sejak bila pula Waythamoorthy belajar mengenai Islam apabila mengatakan ajaran yang dibawa oleh Dr Zakir itu bertentangan atau tidak selari dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah?

Tahukan beliau siapa itu Hanafi, Maliki,Shafie dan Hambali?

Kenalkah beliau dengan Abu Hanifah An Nu’man; Malik bin Anasbin Abu Amir; Muhammad bin Idris dan Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin Hilal Azzdahili Assyaibani? 

Atau Waythamoorthy hanya kenal As-Sayyid Abdur Ridho Al-Mar’asyi Asy-Syahrastani?

Kehadiran Dr Zakir di Malaysia untuk mengadakan siri ceramah bermula di Terengganu adalah atas jemputan pihak berkuasa agama Islam Malaysia, yang sudah pasti menyiasat terlebih dahulu sama ada ajaran Dr Zakir itu sesat atau tidak.

Malah, pada 2014 yang lalu, Dr Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Malaysia. Ini bermakna pendapat dan pandangan Dr Zakir selari dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci.” (Al-Quran 61:8). 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...