Tuesday, 12 April 2016

Marilah kita berperanan sebagai khaira ummah !


Negara digemparkan dengan pengumuman oleh KPN tentang pembatalan majlis ilmiah yang akan disampaikan oleh Dr Zakir Naik (DZN).

Kenapa beliau perlu di halang daripada menyampaikan pandangan beliau dengan terbuka dan aman?

Penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni beliau untuk menyatakan kebenaran Islam dan penyelewengan agama-agama lain.

Maka pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang sehabis-habisnya.

Tuduhan yang menyebut bahawa penganjuran ini akan menggugat ketenteraman awam atau sensitiviti agama adalah suatu tudahan yang tidak berasas.

Kepada pimpinan-pimpinan kerajaan di kalangan orang Islam, gerakan-gerakan Islam, parti-parti politik serta individu yang mengaku sebagai pejuang kepada kemulian serta keindahan Islam itu sendiri untuk bersikap ikhlas terhadap apa yang disebut sebagai perjuangan selama ini.

Buktikanlah dengan bersama-sama berdiri dalam satu barisan memastikan suasana Islam itu terus terpelihara.

Marilah kita bersatu hati membantah sekeras-kerasnya tindakan DAP, MIC, ekstrimis HINDRAF dan pihak-pihak yang berusaha menghalang kehadiran beliau berdakwah di negara ini.

Kepada umat Islam keseluruhannya, hendaklah kita sentiasa bersatu hati walaupun dengan pelbagai pandangan atau mazhab yang kita pegang.

Jangan jadikan kepelbagaian itu menjadi satu bala kepada kita yang akhirnya merugikan Islam tetapi jadikanlah kepelbagaian itu sebagai satu rahmat lalu menjadi asbab untuk kita berperanan sebagai khaira ummah.

Ingatlah bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara Islam, perkara ini jelas disebut dalam banyak perkara termasuk perlembagaan persekutuan yang menjadi tunjang kepada negara ini.

Oleh itu, sebarang usaha untuk menggugat Islam pada hakikatnya dia sedang mengancam paksi asasi negara ini dan sebarang tindakan untuk mengangkat Islam maka pada hakikatnya dia sedang berjuang untuk mempertahanakan antara paksi utama tanah air tercinta ini.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...