Wednesday, 20 April 2016

'Gurau je' .... hampeeeh!



Gara-gara mempercayai 100% ‘gurauan’, tidak tentu pasal seramai 3,954 pendeposit telah menutup akaun TH mereka manakala 3,105 lagi telah membatalkan pendaftaran mereka menunaikan fardhu haji..

Maklumat ini diberitahu oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajidi kepada Dewan Negara Selasa.

Katanya inilah kesannya kerana ‘gurauan’ oleh pembangkang terhadap institusi TH..

Menurut Dr Asyraf mereka yang membatalkan pendaftaran pergi haji melalui TH, perlu mendaftarkan diri mereka semula melalui sistem ‘ putar balik’  dengan menunggu giliran yang baru.

Katanya seperti yang tlah dibentangkan kedudukan kewangan Tabung Haji adalah tetap kukuh.

‘Gurauan’ tersebut berlaku adalah berpunca dari kelewatan sikit TH  mengumum pembayaran dividen seperti tahun lalu pada 28 Februari.

Sedangkan,katanya ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dan dividen akan dibayar selepas proses diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan lain-lain.


Di kala seseorang yang ‘bergurau’ telah meraih RM23,690 bagi simpanannya di TH, pendeposit terbabit hilang giliran menunaikan rukun Islam kelima. Hampehhh!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...