Tuesday, 12 April 2016

Bukti Jelas Penentang Islam di Malaysia


Tindakan pihak tertentu mencerca dan menentang kehadiran Dr Zakir Naik di Malaysia, sebenarnya bukan ditujukan kepada pendakwah terkemuka itu.


Sebaliknya penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni Dr Zakir untuk menyatakan kebenaran mengenai agama Islam dan penyelewengan oleh agama-agama lain.


Pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah, apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang habis-habisan.


Umat Islam di negara ini sepatutnya bersatu teguh menyokong penuh kehadiran Dr Zakir ke negara ini.


Pendirian ini patut dibuat berasaskan kesedaran bahawa Dr Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal dalam hal ilmu berkaitan perbandingan agama.


Beliau telah mengangkat ketinggian Islam di mata masyarakat awam sama ada muslim dan bukan muslim dengan pembuktian kebenaran Islam secara berfakta dan perbandingan ajaran Islam dengan kelemahan-kelemahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam agama-agama lain.


Segalanya dilakukan dengan penuh fakta tanpa menyeru kepada apa juga bentuk ekstremisme mahupun kekerasan.

Sehubungan Ketua Polis Negara, harus menarik balik larangan ceramah Dr Zakir Naik khususnya di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), kerana ia sebahagian program akademik yang tidak wajar dikongkong.

Malah tajuk ceramah Dr Zakir Naik di universiti itu, Similarities between Hinduism and Islam, adalah tajuk yang cukup harmoni dan diyakini tidak menimbulkan perpecahan seperti yang dibimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...