Friday, 29 December 2017

Voltaire : If we believe absurdities, we shall commit atrocities





Pemahaman Barat terhadap Islam sejak berakhirnya Perang Dingin sememangnya tidak pernah baik. 

Selepas peristiwa 11 September 2001 atau 911, Islam sering dilabel sebagai dajal orde baru dunia.

Hari ini, seribu satu permasalahan diletak di atas bahu orang Islam dan agamanya. 

Tokoh politik Demokrat Sweden, Martin Strid telah mengklasifikasikan penganut Islam sebagai separa manusia 

Monday, 25 December 2017

Islam dieksplotasi dan dimanipulasi oleh golongan yang berkepentingan!



 


Islam pada akhir zaman telah manipulasi dan dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan untuk memaparkan agama ini sebagai agama yang radikal.

Kes konflik agama Hindu vs Buddha di Sri Lanka, Kristian Katolik vs Protestant di Ireland Utara, Ku Klux Klan di AS, konflik pembunuhan Ronghiya oleh penganut Buddha di Myanmar, Pembunuhan Islam oleh Rejim Yahudi di Palestin adakah bukan radikal?

Bukankah semua agama menyeru kepada keamanan dan kehidupan harmoni dan menghormati antara satu sama lain.

Dalam hal ini, Islam sangat menitik-beratkan dengan mengesa umatnya menghormati agama lain dan terbukti dalam surah Al Kafirun (surah 109).

Friday, 22 December 2017

Malaysiakini : One Malaysia, Standing with Israel

  


Malaysiakini portal terkenal propembangkang menunjukkan portal tersebut kini menjadi barua Israel.


Semalam portal tersebut telah secara biadab berani menyiarkan satu artikel Pro-Israel bertajuk One Malaysian, Standing with Israel.


Artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi ibu negara Jewish sejak 3,000 tahun lalu.


Bahkan masyarakat Yahudi kononnya adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.


Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding Judaism menyatakan ia adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.




Wednesday, 20 December 2017

Islam perlu ditransformasikan

Kerosakan dan kemunduran umat Islam ketika ini disebabkan kesilapan meletakkan keutamaan dalam sesuatu permasalahan.


Situasi ini memberi ruang kepada pihak kuffar melakukan tindakan sehingga mencabar kedaulatan Islam di negara ini.


Umat Islam perlu beralih daripada perspektif konvensional kepada yang lebih baik.


Golongan ulama perlu melepaskan diri daripada mementingkan format dan simbol kepada hakikat dan kandungan supaya tidak mengelirukan umat. 


Ulama juga sepatutnya tidak lagi menumpukan perdebatan yang mementingkan kemenangan, kepada perbuatan membuahkan hasil dengan meminggirkan sikap emosional.


Ulama perlu mengalihkan tumpuan daripada tidak habis-habis bercakap mengenai masalah furuq (cabang) kepada menumpukan ke arah penyelesaian masalah pokok.


Hakikatnya, Islam mesti ditransformasikan;


Daripada menyusahkan kepada memudahkan.


Jumud dan taqlid buta kepada ijtihad dan pembaharuan (pengislahan).


Eksklusif kepada inklusif.


Berlebih-lebihan kepada sederhana.


Berkeras kepada hikmah.


Pertelingkahan kepada perpaduan. 


Umat Islam mestilah mempraktikkan konsep komprehensif dan tidak terikat tetapi menepati kehendak syariat.


Hakikanya di negara ini, Islam bukan hanya menjadi hak eksklusif segelintir golongan dan sesebuah parti politik sahaja, tetapi ianya merupakan hak eksklusif seluruh umat.


Perselisihan dan perpecahan antara ulama akan membawa bencana dan perkara ini adalah tidak wajar sama sekali.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...