Islam pada akhir zaman telah manipulasi dan dieksploitasi
oleh golongan yang berkepentingan untuk memaparkan agama ini sebagai agama yang
radikal.
Kes konflik agama Hindu vs Buddha di Sri Lanka, Kristian
Katolik vs Protestant di Ireland Utara, Ku Klux Klan di AS, konflik pembunuhan Ronghiya
oleh penganut Buddha di Myanmar, Pembunuhan Islam oleh Rejim Yahudi di Palestin
adakah bukan radikal?
Bukankah semua agama menyeru kepada keamanan dan kehidupan
harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
Dalam hal ini, Islam sangat menitik-beratkan dengan mengesa
umatnya menghormati agama lain dan terbukti dalam surah Al Kafirun (surah 109).
Punca kepada timbulnya tuduhan dan spekulasi permasalahan
ini adalah cuba mewujudkan perspektif negatif kepada Islam dengan mengaitkan
agama ini dengan radikalisme.
Malah ini adalah pendapat yang banyak dipengaruhi oleh
sentimen politik bagi mewujudkan ketidakstabilan dan keyakinan terhadap
aplikasi Islam di Malaysia.
Sekarang telah wujud pihak-pihak yang mahu agensi agama di
peringkat persekutuan seperti JAKIM, IKSIM ditutup.
Sebenarnya, golongan ini sengaja menimbulkan isu agar dapat
mewujudkan kesangsian terhadap peranan dan pengurusan agama di Malaysia.
Mana-mana agama boleh diamalkan secara aman dan damai di
dalam negara ini selagi mana perbuatan mereka tidak menggugat agama Islam.
Namun perlu ditegaskan, dalam konteks ini ia termasuk
menyebarkan agama lain kepada orang Melayu untuk murtad adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan fasal 60 (Definisi Melayu salah satu cirinya adalah beragama
Islam).
Tetapi di sini, wujud golongan ekstremis liberal yang
menyatakan sebaliknya dan Islam dikatakan semakin dimelayukan dan diarabisasikan
dan menjadi semakin radikal.
Malaysia bukan Memelayukan pendekatan Islam tetapi budaya
masyarakat Melayu itu sendiri menunjukkan contoh dengan aplikasi kesederhanaan
dalam beragama selari dengan kehendak Islam.
Persoalannya, apakah desakan dan tuntutan golongan ekstremis
liberal yang konsisten mencabar kedaulatan Islam dalam perlembagaan dan
autoriti Islam di dalam negara?
Dalam konteks Malaysia, sepatutnya sebarang ancaman terhadap
Perlembagaan negara perlu diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa.
Ini kerana ia berpotensi memberikan ancaman kepada
meletusnya konflik dan ketidaktenteraman awam apabila hal ehwal agama dieksploitasi
oleh golongan tertentu.
Aktiviti-aktiviti provokasi dan penghinaan terhadap sesuatu
agama termasuk Islam adalah aktiviti yang akan membawa kepada konflik antara
kaum di Malaysia.
Sejak 1957 sehingga hari ini Malaysia masih berjaya
mengekalkan keamanan dan keharmonian yang membolehkan pelbagai multi kaum dan
etanik untuk mengamalkan fahaman agama masing-masing.
Justeru, usaha menggugat agama Islam dan Perlembagaan negara
akan membawa kepada kesan buruk yang boleh meruntuhkan negara dan memberikan
kesan buruk kepada rakyat itu sendiri.

No comments:
Post a Comment