Wednesday, 20 December 2017

Islam perlu ditransformasikan

Kerosakan dan kemunduran umat Islam ketika ini disebabkan kesilapan meletakkan keutamaan dalam sesuatu permasalahan.


Situasi ini memberi ruang kepada pihak kuffar melakukan tindakan sehingga mencabar kedaulatan Islam di negara ini.


Umat Islam perlu beralih daripada perspektif konvensional kepada yang lebih baik.


Golongan ulama perlu melepaskan diri daripada mementingkan format dan simbol kepada hakikat dan kandungan supaya tidak mengelirukan umat. 


Ulama juga sepatutnya tidak lagi menumpukan perdebatan yang mementingkan kemenangan, kepada perbuatan membuahkan hasil dengan meminggirkan sikap emosional.


Ulama perlu mengalihkan tumpuan daripada tidak habis-habis bercakap mengenai masalah furuq (cabang) kepada menumpukan ke arah penyelesaian masalah pokok.


Hakikatnya, Islam mesti ditransformasikan;


Daripada menyusahkan kepada memudahkan.


Jumud dan taqlid buta kepada ijtihad dan pembaharuan (pengislahan).


Eksklusif kepada inklusif.


Berlebih-lebihan kepada sederhana.


Berkeras kepada hikmah.


Pertelingkahan kepada perpaduan. 


Umat Islam mestilah mempraktikkan konsep komprehensif dan tidak terikat tetapi menepati kehendak syariat.


Hakikanya di negara ini, Islam bukan hanya menjadi hak eksklusif segelintir golongan dan sesebuah parti politik sahaja, tetapi ianya merupakan hak eksklusif seluruh umat.


Perselisihan dan perpecahan antara ulama akan membawa bencana dan perkara ini adalah tidak wajar sama sekali.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...