Pemahaman Barat terhadap Islam sejak berakhirnya Perang Dingin sememangnya tidak pernah baik.
Selepas peristiwa 11 September 2001 atau 911, Islam sering dilabel sebagai dajal orde baru dunia.
Hari ini, seribu satu permasalahan diletak di atas bahu orang Islam dan agamanya.
Tokoh politik Demokrat Sweden, Martin Strid telah mengklasifikasikan penganut Islam sebagai separa manusia
Di tanah air kita sendiri dimana Islam sebagai Agama Persekutuan, kebanyakan daripada kita seolah-olah menutup sebelah mata.
Ianya merupakan satu lagi usaha kempen ‘fake news’ besar-besaran yang cuba diketengahkan Barat dengan menggunakan lesen wacana akademik.
Ramai juga daripada rakyat kita dengan mudah termakan alasan-alasan yang tidak masuk akal ini.
Seorang pemimpin pembangkang Sabah David Orok mendakwa, ketidakmampuan Allah untuk berbuat apa-apa demi agama yang telah diturunkan-Nya sebagai pencetus kepada semua jihad yang berupa keganasan.
Semua teroris itu bermati-matian mempertahankan doktrin agama yang sangat sensitif (fragile) dan terlalu minima nilai toleransinya.
Beberapa bulan lepas, David Orok juga telah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan kenyataan kontroversinya mendakwa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim.
“ISIS and cognate form of militant Islamists extremism have the doctrinal source in mainstream Islam and build upon it in Islamic history and civilization. They have roots in mainstream Islam and its history.” Clive Kessler, pensyarah di University of New South Wales, Australia menyuara pandangannya.
Tidak terkecuali terhadap ahli akademik Muslim di negara ini, di mana apa yang diucapkannya tidak masuk akal di atas nama kebebasan wacana akademik.
Menuduh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebagai sebuah outfit radikal, ekstrim dan kaki fitnah yang menentang cultural diversity.
hanya kerana ‘pluralisme agama’ yang ditentang badan pemikir tempatan tersebut secara berperlembagaan disalah tafsirkan sebagai kepelbagaian budaya oleh Prof Shad Saleem Faruqi.
Apatah lagi kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh Muslim berfahaman liberal seperti Marina Mahathir, Siti Kasim, Zaid Ibrahim dan konco-konconya.
Marina dalam portal F.M.T mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan. Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara).
Apabila agama kepada negara wujud, ia menjadi sumber kuasa yang tidak boleh dipersoalkan menurut orang ramai.
Pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) ini juga mendakwa, wanita Muslim juga berdepan dengan cabaran dalam menghadapi tafsiran Islam yang pelbagai (dalam kehidupan mereka).
Menurutnya lagi, “Mengenai poligami, mengenai hijab, mengenai sama ada wanita boleh menjadi hakim dan sebagainya. Pendekatan untuk merujuk semula kepada teks dan melihat sama ada ia benar-benar dibenarkan atau sama ada ia merupakan satu tafsiran dan siapa yang mentafsirkannya.”
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Albaqarah: 120).

No comments:
Post a Comment