Berita mengenai usaha syarikat konglomerat DRB-Hicom,
pemilik Proton, yang sudah di peringkat akhir untuk mendapatkan rakan kongsi
asing kepada syarikat pengeluar kereta negara itu.
Terkini, dilaporkan dua buah syarikat pengeluar kereta
antarabangsa iaitu Geely dari China dan Groupe PSA dari Perancis menunjukkan
minat yang amat dalam untuk menjadi rakan kongsi strategik kepada Proton.
Kedua-dua syarikat kenderaan gergasi ini dikatakan telah
melakukan kajian secara terperinci dan penilaian sewajarnya sebelum membuat
tawaran untuk menjadi rakan kerjasama automotif dengan pihak Proton.
Apa yang menariknya, antara perkara pokok yang jadi isu
tumpuan di dalam usaha menjadi rakan kongsi strategik ini, kedua-dua syarikat
asing itu mahu penguasaan 51% terhadap kilang Proton di Tanjung Malim,
Perak.
Untuk makluman, kilang Proton yang terletak di tanah
berkeluasan 517 hektar dan mula beroperasi sejak Ogos 2004 ini sudah sekian lama beroperasi di bawah tahap kemampuan sebenarnya.
Malah, menurut sumber industri automotif yang mempunyai
akses terhadap operasi di kilang berkenaan, kapasiti pengeluaran di kilang
Tanjung Malim kini hanyalah serendah 30% sahaja.
Dari sudut kos dan business, keadaan ini sesuatu yang
membazir dan amat merugikan produktiviti sesebuah intiti syarikat besar.
Isu rakan kongsi strategik Proton ini amat mudah difahami,
tiada perkara yang ganjil. Ia adalah atas pertimbangan busines semata-mata dan
tiada isu sentimental atau politik murahan.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang mengaku sayangkan jenama
Proton sepatutnya beri kepercayaan sepenuhnya kepada DRB- Hicom, iaitu pengurusan
syarikat kereta nasional untuk melakukan perubahan.
Sesungguhnya sudah lama Proton mencari rakan kongsi asing
untuk meningkatkan lagi kemampuan produk terasnya iaitu kereta agar mampu
bersaing dari segi teknologi terutamanya di pasaran ASEAN.
Justeru bergabung dengan syarikat antarabangsa lain yang ada
kemampuan kewangan lebih besar, selain memiliki kepakaran dalam pemasaran dan
teknologi lebih baik akan membantu meningkatkan kemampuan Proton.
Tidak kiralah sama ada Geely atau Groupe PSA yang bakal
menjadi rakan kongsi, gabungan tersebut adalah sesuatu yang pastinya memberi
impak win-win situation.
Kebimbangan bahawa Proton akan dikuasai oleh syarikat asing
tidak timbul sebenarnya kerana yang ingin mereka kuasai 51% hanyalah kilang
Proton di Tanjung Malim, bukan seluruh syarikat Proton.
Satu lagi kilang Proton yang terletak di Shah Alam tidak
termasuk di dalam perjanjian itu. Mana-mana syarikat pun jika diberi peluang
untuk beroperasi di kilang Proton di Tanjung Malim itu pasti inginkan kuasa
mentadbir.
Syarikat Geely yang beribu pejabat di
Hangzhou, Zhejiang adalah pemilik syarikat Volvo
sejak 2010, selain menjadi pemilik syarikat pembuat British Taxi sejak
2012.
Volvo kini semakin berkembang maju dan jenamanya masih lagi utuh sebagai identiti
kereta mewah Skandinavia Sweden yang bermutu tinggi dan berimej mewah.