Tuesday, 28 February 2017

Usahlah terlalu takbur!



Umat Islam yang memiliki ilmu agama yang 'hebat' tetapi menentang usaha memperkasa fungsi Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355 di Parlimen merupakan golongan yang takabur.

Sistem kehakiman di Malaysia adalah sebahagian daripada jalan untuk menegakkan keadilan syariat Islam di negara ini.

Justeru itu, umat Islam yang menghalangnya menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam sendiri, kerana ianya tiada bersangkut-paut dengan penganut ugama lain.

Orang bukan Islam tidak boleh menentang kerana ini bukan urusan mereka, dan apakah wajar seorang yang bergelar Muslim dan 'Ulama' bersama-sama berganding bahu bersekongkol menentang Akta tersebut?

Usaha sesetengah pehak untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah syariah termasuk yang berzina dan minum arak adalah untuk menambah baik kanun keseksaan di bawah Mahkamah Syariah.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa usaha PAS itu merupakan strategi halus untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membantah usaha tersebut dengan mendakwa PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Umat Islam yang menentang ibarat kambing terpisah daripada kawanannya dan mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran kerana usaha sesetengah pihak untuk meminda Akta 355 mendapat sokongan majoriti umat Islam seperti yang diperlihatkan dalam Himpunan 355 baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...