Monday, 13 February 2017

Back to the future tentang 'Perdebatan Terhebat Subsidi Minyak'



Kisah debat antara Ahmad Shabery Chik vs DSAI 2008 dahulu yang turut disiarkan secara langsung oleh RTM. 

Antara hujah yang dibawa DSAI ialah bagaimana subsidi membantu rakyat Venezuela menikmati harga minyak dengan harga cukup murah di dunia dan mengapa pula Malaysia tidak berbuat demikian demi membantu rakyat yang miskin? 

Hujah berkaitan Venezuela lah yang dimainkan oleh DSAI pada debat dan beliau terus membandingkan dengan Malaysia.

Banyak perbincangan berlaku dan ramai penonton merumuskan DSAI memenangi debat malam tersebut.

Ramai penyokong BN terkasima dan mamu-malu alah kerana apa yang diperkatakan oleh DSAI ada kebenarannya ketika itu!

Kini Rupblik Venezuela yang menjadi kebangaan DSAI juga manghampiri negara muflis apabila menanggung hutang yang terlalu tinggi dan KDNK yang terlalu rendah, walaupun negara tersebut merupakan salah sebuah negara pengeluar petroleum terbesar dunia.

Ekonomi Venezuela dan pasaran menjadi kucar kacir apabila harga minyak kini terpaksa dinaikkan sebanyak 600% untuk menampung kemerosotan komiditi tersebut.

Kerajaan negara tersebut sudah tidak mampu untuk terus memberi subsidi untuk keperluan asas rakyatnya. 

Dengan menaikkan harga minyak di negara tersebut serta harga kesemua barangan kini melambung, rakyat Venezuela yang mejoriti miskin semakin papa kedana.

Adakah subsidi membantu rakyat Venezuela secara jangka panjang?

Sesebuah negara sama seperti sesebuah syarikat atau peniaga.
 
Jika kos untuk mengeluarkan sebungkus Nasi Lemak Anak Dara Bergetah ialah RM2.00 dan anda pula menjualnya dengan harga RM1.40 sebungkus kerana kononnya meniaga cara nabi versi Lebai Pakatan Harapan. 

Faham-fahamlah ye nasib syarikat Nasi Lemak Anak Dara Bergetah tersebut secara jangka panjang.

Kini berasaskan keadaan Venezuela, siapakah sebenarnya yang memenangi perdebatan tersebut?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...