Tuesday, 28 February 2017

Jangan saja-saja 'share' informasi agama!


Muslim di negara ini perlu lebih berhati-hati dan teliti dalam menyebarkan sebarang bentuk informasi berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


Dalam era dunia tanpa sempadan, masyarakat kini disajikan dengan pelbagai ledakan maklumat baik dari dalam mahupun luar negara berkaitan agama.


Penyebaran informasi tidak sahih selain daripada mengelirukan juga boleh menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat. 


Dahulu fitnah agama dilakukan di hujung lidah, tetapi hari ini hanya di hujung jari.


Umat Islam perlu pastikan maklumat agama yang hendak disampaikan itu adalah sahih dengan merujuk kepada golongan pakar agama, sebelum disebarkan. 


Institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu merapatkan saf untuk menyaring dan menyusun balik informasi yang tersebar di media sosial serta dalam masa yang sama memastikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah disegarkan.


Mungkin jabatan agama boleh memikirkan mengenai tular sesuatu hadis atau informasi itu perlu mempunyai logo sama seperti logo Halal misalnya dan jadikan informasi agama sebagai sesuatu yang lebih eksklusif.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...