Thursday, 29 March 2012

Tolak Pluralisme Beragama

Islam menolak pluralism agama, tetapi tidak menolak pluraliti agama dan menerima hakikat kewujudan pelbagai agama. Islam mengiktiraf hak-hak agama lain untuk hidup dan beramalan dengan ajaran dan kepercayaan keagamaan mereka.

Pendukung Islam liberal membawa fahaman pluralisme menuduh penentang mereka sebagai tidak memahami gagasan atau konsep pluralisme yang dibawa oleh mereka. sebenarnya merekalah yang naïf dengan tidak dapat membezakan di antara pluraliti dengan pluralisme dan salah di dalam memahami kewujudan pelbagai agama dan bangsa.



Pendukung fahaman ini juga percaya semua agama adalah sama dan boleh duduk di dalam satu entiti yang sama. Padahal konsep tauhid di dalam Islam sebenar adalah jauh berbeza dengan entri tauhid bukan Islam.

Sebab itu pendukung fahaman sesat ini terutamanya di negara kita beria-ia benar untuk berkongsi nama Allah bersama-sama dengan agama lain sedangkan Allah itu di dalam agama Islam adalah sangat eksklusif. jelas sekali Allah itu maha esa, tidak beranak dan diperanakkan, berbeza berbanding tauhid agama-agama lain.

Penentang pluralisme agama dari awal-awal lagi sudah menerima hakikat kewujudan pelbagai agama di dunia ini. Golongan pluralisme pula telah banyak terpesong apabila mendakwa bahawa pelbagai agama yang wujud di zaman Nabi SAW itulah pluralism agama. Jikalau semua agama itu sama mengikut fahaman Islam liberal, kenapa para sahabat berdakwah dan berjihad mengajak orang-orang kafir masuk Islam bahkan memerangi orang-orang murtad. Wassalam, berpesan-pesanlah kepada kebenaran.

Wednesday, 28 March 2012

Islam Liberal

Liberalisme bermakna bebas berfikir dan berbuat apa sahaja asal tidak menganggu kebebasan orang lain. Di dalam Islam liberal, terutama yang berfahaman pluralisme, sepere aude dijadikan pegangan di mana mereka berani menggunakan akal dan kefahaman sendiri di dalam hal ehawal agama tanpa bantuan orang lain.

Emmanuel Kant di dalam bukunya yang diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar berjudul, Apa itu Pencernaan menyebut di dalam kata penghantarnya, “ia membebaskan tenaga fikiran manusia melalui penggunaan akal sebagai alat menyoal siasat sistem politik dan amalan beragama”.

Menurut Nurcholish Madjid, pelopor fahaman liberalisme dan pluralisme beragama di Indonesia dan Nusantara, berprinsip bahawa al-Quran itu sendiri adalah liberal. Pengikut-pengikut fahaman ini bebas memberi interpretasi mengenai kandungan al-Quran mengikut hukum akal mereka.

Di Indonesia, ideologi Islam liberal menyebut, agenda yang diperjuangkan juga adalah agenda politik. Menurut mereka, untuk membentuk sistem pemerintahan ia adalah fahaman dan bikinan manusia. Apa yang dilakukan itu adalah pilihan manusia dan bukan ditetapkan oleh Tuhan dan syariat.

Agenda mereka seterusnya ialah ingin merombak semua sistem yang dianggap ‘terkongkong’ di dalam batas-batas agama Islam seperti ‘membebaskan’ wanita dengan memberi hak-hak mutlak sehingga Sang Isteri boleh menyamai hak-hak yang sama seperti Si Suami.

Di negara kita, mereka yang berfahaman Islam liberal sentiasa menjalankan pelbagai promosi untuk mengembangkan fahaman ini di kalangan masyarakat melalui perhimpunan besar-besaran di tempat-tempat awam dengan pelbagai tema seperti ‘kebebasan bersuara’, ‘hapuskan kezaliman terhadap wanita’ ‘himpunan unggu’ dan sebagainya. Kadang-kadang pengikut-pengikut mereka terikut-ikut dengan fahaman liberal yang boleh merosakan terus akidah, terutamanya ‘Perhimpunan Seksualiti Merdeka’ sedikit masa dahulu.

Kini mereka beranggapan, semuanya dikongkong oleh ‘tembok’ kuatkuasa undang-undang agama negara ini. Jika mereka dapat memecahkan ‘tembok’ tersebut, sudah tentu mereka mengatakan bahawa al-Quran itu adalah ciptaan manusia seperti yang dipegang oleh Salman Rushdie yang telah ditetapkan di dalam Islam adalah ‘bunuh’.

Belek-belek Youtube tiba-tiba aku tertarik dengan seorang pemimpin politik di negara ini menyanjung tulisan Si Laknatullah Salman Rushdie dengan mengatakan bahawa penulisan penulis ini menghina agama Islam sebagai satu karya indah dan menarik…… Wassalam. 

Tuesday, 20 March 2012

Awasi Anak Kita

Apabila kita mendengar berita terbaharu mengenai kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak, kita akan tertanya-tanya, mengapa perkara ini masih berlaku? 

Terbaharu ialah penculikan dan pembunuhan Adik Dirang dimana mayatnya dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai.


Kejadian menyayat hati itu mengingatkan kita akan peristiwa pembunuhan kejam Adik Nurin Jazlin, Adik Nurul Huda dan Adik Harirawati yang mengemparkan negara. 


Sebenarnya banyak lagi kes pembunuhan dan penculikan kanak-kanak yang belum dapat diselesaikan. Contohnya pada tahun 2008 kita dikejutkan dengan kehilangan Adik Sharlinie.

Kita amat berharap supaya pihak berkuasa dan orang ramai tidak berputus asa menangani gegala yang semakin membimbangkan ini. 

Kes-kes kehilangan kanak-kanak yang penuh tragis ini sukar dibendung sepenuhnya, kerana penjenayah amat payah untuk dikenal pasti kerana mereka mempunyai penampilan seperti manusia normal dari segi luarannya.


Walaupun pelaku ini boleh dikategorikan sebagai pesakit mental, tetapi bukan semua yang suka duduk menyendiri seperti apa yang kita tonton dari drama-drama di televisyen.

Jenayah terhadap kanak-kanak perlu ditangani secara drastik bagi memastikan ianya tidak berlarutan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlu menubuhkan unit siasatan khas berkaitan analisis tingkah laku penjanayah.

Sebuah siri televisyen setiap Isnin di TV8 dalam drama bersiri Criminal Minds, Berhavioral Analysis Unit (BAU) yang menyasat kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak di bawah seliaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat boleh diambil sebagai contoh yang baik. 

Tidak memadai kita hanya teruja menonton kecekapan anggota BAU ini terbang kesana sini dengan jet peribadi untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan jenayah kanak-kanak. 


Kepakaran bagi menganalisis tingkah laku seperti yang dimiliki oleh anggota BAU amat penting kerana tidak semua kes boleh diselesaikan oleh unit siasatan tempat jenayah (CSI). 


Ini kerana pakar BAU boleh mengesan karakter tertentu penjanayah berbanding CSI.

Tidak cukup sekadar pihak kerajaan mengeluarkan pendapat retorik menasihatkan ibu bapa supaya lebih berwaspada menjaga keselamatan anak-anak mereka, namun sebagai manusia, kelalaian dan had kemampuan kita untuk sentiasa berwaspada amat terbatas. 

Sebagai ibu bapa, kita hanya dapat mengawasi anak-anak kecil kita apabila kita berada bersama-sama mereka. Pada hari ini, kebanyakkan masa anak-anak adalah di sekolah atau di tempat penjagaan kanak-kanak, sementara kita keluar mencari sesuap nasi.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa kesalamatan anak-anak kita tidak boleh dikompromi. Sebagai ibu bapa dan orang dewasa, letakkanlah keselamatan kanak-kanak kita yang paling diutamakan. 

Tutup ruang-ruang kosong bagi mengelakkan penjenayah melakukan jenayah mereka secara bebas.

Penjanayah juga seperti manusia biasa, kebanyakkannya mereka mempunyai perancangan dan strategi apabila ingin melakukan sesuatu jenayah. Hanya sebahagian kecil sahaja tidak memerlukan perancangan. 

Ingatlah, penjenayah sedikitpun tidak berasa gerun dengan hukuman mati, selagi mereka tidak diberkas. Wassalam..


Monday, 19 March 2012

SKMM Perlu Bertindak Tegas

Pengikut kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini secara terang-terang mempromosi kegiatan mereka dari laman-laman sosial terutamanya Facebook dan blog-blog di negara ini.

Bebarapa kumpulan sosial telah dapat dikesan dan menjadikan Facebook dan blog untuk mempromosikan amalan seks songsang dan bebas di negara ini antaranya ialah Malaysia lesbian Club, persatuan Lesbian Kebangsaan Malaysia, Persatuan Lelaki Gay dan Perempuan Lesbian SeMalaysia, Malaysia lesbian, Lesbian Malaysia@Indon, Malaysian support gay, Lesbian dan Transexual and Bisexual.

Setiap laman sosial dan blog tersebut, terdapat tidak kurang dari 3000 ahli yang menjadi ‘kawan’ dan ada yang tanpa segan-silu menulis komen dan status bertujuan untuk ‘memikat’ pasangan untuk melakukan perbuatan seks. 

Setiap komen telah bersahut dengan pelbagai jawapan dan kebanyakkannya bersetuju dan ‘like’ terhadap komen-komen ‘prono’ tersebut.

Lebih mengejutkan, ahli-ahli kumpulan terbabit berkongsi nombor telefon dan menggunakan akaun Facebook sebenar tanpa rasa malu. 

Laman LGBT ini secara terbuka turut mendedahkan profil pengendali laman (admin) yang cuba menutralkan tanggapan umum terhadap golongan LGBT di negara ini. 


Pengendali mengingatkan ahli-ahli kumpulan supaya tidak melayan pemilik akaun lelaki dengan menggelar golongan itu sebagai palsu dan penyebuk.

Disarankan pihak-pihak berwajib terutamanya di dalam SKMM supaya menyekat laman sosial dan blog yang terang-terang mempromosi budaya ini supaya ‘kudis’ tidak akan menjadi ‘barah’.



Sunday, 11 March 2012

Sokongan Terhadap LGBT Mesti Ditolak



Kajian yang dijalankan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah dalam kegiatan seks sejenis di seluruh negara.

Statistik itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan LGBT mendapat tempat di negara ini.


Golongan laknatullah
Menurut laporan, untuk bulan Januari tahun ini sahaja, empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar sekolah dan tanpa mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan.

Masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan merisaukan apabila terdapat hampir 20 NGO serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong golongan LGBT.


Kumpulan penyokong LGBT kebelakangan ini secara terbuka mahu menegakkan kegiatan seks songsang itu termasuk cuba menganjurkan program mempromosi seks bebas, dengan nama Perhimpunan Seksualiti Merdeka pada tahun lalu.


Laporan kajian yang dibuat oleh JMM mendapati sebanyak 21 kes penceraian di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor tahun lalu dikesan berpunca daripada salah seorang pasangan merupakan pengamal seks sejenis.

Menurut perangkaan 2010 yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia (MAM) menunjukkan jumlah pengidap HIV yang berpunca daripada golongan seks sejenis adalah 48.7% iaitu lebih tinggi daripada golongan berkongsi jarum dadah iaitu 47.7%.


Semua pihak sama ada kerajaan dan masyarakat perlu bangkit berjihad menegakkan pendirian untuk menolak golongan LGBT kerana kepentingan akidah Islam adalah lebih besar daripada kepentingan politik atau agenda golongan tertentu.

Apa yang dibimbangkan ialah sekiranya NGO-NGO yang menyokong LGBT ini mendapat sokongan dari luar kerana selain Amerika Syarikat, negara Israel juga amat menyokong perkara ini.

Di Israel, telah diadakan program ‘Pinkwashing’ untuk mempromosikan negara itu sebagai destinasi pelancongan gay. Sementara di AS terutamanya di New Orleans, setiap tahun diadakan pesta khusus untuk golongan homoseks dan lesbian dan perarakan berhias bersama-sama masyarakat setempat diadakan di jalan-jalan utama di Bandar itu.

Marilah kita bersama-sama mengiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya gejala songsang ini tidak menjadi kudis di dalam masyarakat. Tuhan telah memberi pengajaran kepada seluruh manusia betapa jijiknya golongan ini di mana Allah telah membinasakan golongan ini dengan sedahsyat-dahsyatnya. 

Saturday, 10 March 2012

Beban Melampau Tugas-Tugas Seorang Guru


Kini guru-guru memikul bebanan yang ‘melampau, dan isu ini perlu dipandang dengan serius dan tidak lagi dipermain-mainkan oleh pegawai-pegai tertentu yang selama ini ‘gemar’ menganiaya guru gara-gara mengejar ‘pangkat’.

Selain mengajar, guru-guru menanggung beban yang tidak sepatutnya dibebankan kepada mereka. Menyedihkan lagi, kebanyakan kerja mereka berulang-ulang dan membazir tenaga dan masa selain meningkatkan kos.

Contoh biasa, keputusan penilaian pelajar. Guru-guru terpaksa menyalin markah ke dalam Buku Rekod Mengajar, buku Pelaporan Prestasi, system Analisis Peperiksaan sekolah (SAPS), Borang Analisis Prestasi (PPD), Program Headcount (JPN), Pelan Tindakan dan pelbagai lagi.

Sepatutnya PPD dan JPN boleh mendapat data-data ini melalui SAPS tetapi malangnya, guru terpaksa melakukan kerja yang berulang-ulang untuk memasukkan data sama di dalam pengkalan data yang berbeza.

Perkara yang sama juga berlaku kepada keputusan LINUS yang perlu dimasukkan dalam pengkalan NKRA, system yang dicipta oleh JPN dan system yang dicipta oleh PPD.

Kesemua system ciptaan ini sebenarnya dibuat oleh guru yang sama, sedangkan data yang sama boleh diakses melalui system NKRA berpusat. Secara keseluruhannya, penubuhan sesuatu system/pengkalan  bukan memudahkan guru dan sekolah, sebaliknya membebankan kerana kerja mereka bertambah berat.  Campur tangan pegawai PPD sudah menjadikan kerja mereka jauh lebih kompleks dan sukar.

Selain itu, system Schoolnet sekolah yang berharga lebih kurang RM499 sebulan amat ‘teruk’ berbanding mobile broadband RM48 setiap bulan. Schoolnet bagaikan akses kepada internet yang langsung tidak berfungsi kerana kualitinya amat teruk sekali. Ianya merupakan satu pembaziran, walaupun adanya aduan, pelbagai-bagai alasan telah diberikan.

Setiap kali mesyuarat, warga guru  tidak dapat mengingkari arahan untuk membuat kerja-kerja yang ‘tidak masuk akal’ ini. Tiada saluran sesuai untuk menyuarakan masalah ini kerana mereka ‘dicop’ untuk diambil tindakan.

Masalah yang diutarakan ini hanyalah sebahagian kecil dari 1001 isu-isu dalaman yang tidak diketahui umum yang menyumbang kepada bebanan guru yang sebenarnya sudah ‘melampau’.

Dicadangkan supaya pegawai pelajaran di semua peringkat perlu kembali ke sekolah untuk menjalankan tugas-tugas hakiki mereka sebenar, supaya mereka merasai semula ‘keperitan’ yang kian bertambah gara-gara ‘tangan mereka’ ini. Wassalam.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...