Thursday, 29 March 2012

Tolak Pluralisme Beragama

Islam menolak pluralism agama, tetapi tidak menolak pluraliti agama dan menerima hakikat kewujudan pelbagai agama. Islam mengiktiraf hak-hak agama lain untuk hidup dan beramalan dengan ajaran dan kepercayaan keagamaan mereka.

Pendukung Islam liberal membawa fahaman pluralisme menuduh penentang mereka sebagai tidak memahami gagasan atau konsep pluralisme yang dibawa oleh mereka. sebenarnya merekalah yang naïf dengan tidak dapat membezakan di antara pluraliti dengan pluralisme dan salah di dalam memahami kewujudan pelbagai agama dan bangsa.



Pendukung fahaman ini juga percaya semua agama adalah sama dan boleh duduk di dalam satu entiti yang sama. Padahal konsep tauhid di dalam Islam sebenar adalah jauh berbeza dengan entri tauhid bukan Islam.

Sebab itu pendukung fahaman sesat ini terutamanya di negara kita beria-ia benar untuk berkongsi nama Allah bersama-sama dengan agama lain sedangkan Allah itu di dalam agama Islam adalah sangat eksklusif. jelas sekali Allah itu maha esa, tidak beranak dan diperanakkan, berbeza berbanding tauhid agama-agama lain.

Penentang pluralisme agama dari awal-awal lagi sudah menerima hakikat kewujudan pelbagai agama di dunia ini. Golongan pluralisme pula telah banyak terpesong apabila mendakwa bahawa pelbagai agama yang wujud di zaman Nabi SAW itulah pluralism agama. Jikalau semua agama itu sama mengikut fahaman Islam liberal, kenapa para sahabat berdakwah dan berjihad mengajak orang-orang kafir masuk Islam bahkan memerangi orang-orang murtad. Wassalam, berpesan-pesanlah kepada kebenaran.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...