Wednesday, 28 March 2012

Islam Liberal

Liberalisme bermakna bebas berfikir dan berbuat apa sahaja asal tidak menganggu kebebasan orang lain. Di dalam Islam liberal, terutama yang berfahaman pluralisme, sepere aude dijadikan pegangan di mana mereka berani menggunakan akal dan kefahaman sendiri di dalam hal ehawal agama tanpa bantuan orang lain.

Emmanuel Kant di dalam bukunya yang diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar berjudul, Apa itu Pencernaan menyebut di dalam kata penghantarnya, “ia membebaskan tenaga fikiran manusia melalui penggunaan akal sebagai alat menyoal siasat sistem politik dan amalan beragama”.

Menurut Nurcholish Madjid, pelopor fahaman liberalisme dan pluralisme beragama di Indonesia dan Nusantara, berprinsip bahawa al-Quran itu sendiri adalah liberal. Pengikut-pengikut fahaman ini bebas memberi interpretasi mengenai kandungan al-Quran mengikut hukum akal mereka.

Di Indonesia, ideologi Islam liberal menyebut, agenda yang diperjuangkan juga adalah agenda politik. Menurut mereka, untuk membentuk sistem pemerintahan ia adalah fahaman dan bikinan manusia. Apa yang dilakukan itu adalah pilihan manusia dan bukan ditetapkan oleh Tuhan dan syariat.

Agenda mereka seterusnya ialah ingin merombak semua sistem yang dianggap ‘terkongkong’ di dalam batas-batas agama Islam seperti ‘membebaskan’ wanita dengan memberi hak-hak mutlak sehingga Sang Isteri boleh menyamai hak-hak yang sama seperti Si Suami.

Di negara kita, mereka yang berfahaman Islam liberal sentiasa menjalankan pelbagai promosi untuk mengembangkan fahaman ini di kalangan masyarakat melalui perhimpunan besar-besaran di tempat-tempat awam dengan pelbagai tema seperti ‘kebebasan bersuara’, ‘hapuskan kezaliman terhadap wanita’ ‘himpunan unggu’ dan sebagainya. Kadang-kadang pengikut-pengikut mereka terikut-ikut dengan fahaman liberal yang boleh merosakan terus akidah, terutamanya ‘Perhimpunan Seksualiti Merdeka’ sedikit masa dahulu.

Kini mereka beranggapan, semuanya dikongkong oleh ‘tembok’ kuatkuasa undang-undang agama negara ini. Jika mereka dapat memecahkan ‘tembok’ tersebut, sudah tentu mereka mengatakan bahawa al-Quran itu adalah ciptaan manusia seperti yang dipegang oleh Salman Rushdie yang telah ditetapkan di dalam Islam adalah ‘bunuh’.

Belek-belek Youtube tiba-tiba aku tertarik dengan seorang pemimpin politik di negara ini menyanjung tulisan Si Laknatullah Salman Rushdie dengan mengatakan bahawa penulisan penulis ini menghina agama Islam sebagai satu karya indah dan menarik…… Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...