Tuesday, 20 March 2012

Awasi Anak Kita

Apabila kita mendengar berita terbaharu mengenai kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak, kita akan tertanya-tanya, mengapa perkara ini masih berlaku? 

Terbaharu ialah penculikan dan pembunuhan Adik Dirang dimana mayatnya dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai.


Kejadian menyayat hati itu mengingatkan kita akan peristiwa pembunuhan kejam Adik Nurin Jazlin, Adik Nurul Huda dan Adik Harirawati yang mengemparkan negara. 


Sebenarnya banyak lagi kes pembunuhan dan penculikan kanak-kanak yang belum dapat diselesaikan. Contohnya pada tahun 2008 kita dikejutkan dengan kehilangan Adik Sharlinie.

Kita amat berharap supaya pihak berkuasa dan orang ramai tidak berputus asa menangani gegala yang semakin membimbangkan ini. 

Kes-kes kehilangan kanak-kanak yang penuh tragis ini sukar dibendung sepenuhnya, kerana penjenayah amat payah untuk dikenal pasti kerana mereka mempunyai penampilan seperti manusia normal dari segi luarannya.


Walaupun pelaku ini boleh dikategorikan sebagai pesakit mental, tetapi bukan semua yang suka duduk menyendiri seperti apa yang kita tonton dari drama-drama di televisyen.

Jenayah terhadap kanak-kanak perlu ditangani secara drastik bagi memastikan ianya tidak berlarutan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlu menubuhkan unit siasatan khas berkaitan analisis tingkah laku penjanayah.

Sebuah siri televisyen setiap Isnin di TV8 dalam drama bersiri Criminal Minds, Berhavioral Analysis Unit (BAU) yang menyasat kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak di bawah seliaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat boleh diambil sebagai contoh yang baik. 

Tidak memadai kita hanya teruja menonton kecekapan anggota BAU ini terbang kesana sini dengan jet peribadi untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan jenayah kanak-kanak. 


Kepakaran bagi menganalisis tingkah laku seperti yang dimiliki oleh anggota BAU amat penting kerana tidak semua kes boleh diselesaikan oleh unit siasatan tempat jenayah (CSI). 


Ini kerana pakar BAU boleh mengesan karakter tertentu penjanayah berbanding CSI.

Tidak cukup sekadar pihak kerajaan mengeluarkan pendapat retorik menasihatkan ibu bapa supaya lebih berwaspada menjaga keselamatan anak-anak mereka, namun sebagai manusia, kelalaian dan had kemampuan kita untuk sentiasa berwaspada amat terbatas. 

Sebagai ibu bapa, kita hanya dapat mengawasi anak-anak kecil kita apabila kita berada bersama-sama mereka. Pada hari ini, kebanyakkan masa anak-anak adalah di sekolah atau di tempat penjagaan kanak-kanak, sementara kita keluar mencari sesuap nasi.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa kesalamatan anak-anak kita tidak boleh dikompromi. Sebagai ibu bapa dan orang dewasa, letakkanlah keselamatan kanak-kanak kita yang paling diutamakan. 

Tutup ruang-ruang kosong bagi mengelakkan penjenayah melakukan jenayah mereka secara bebas.

Penjanayah juga seperti manusia biasa, kebanyakkannya mereka mempunyai perancangan dan strategi apabila ingin melakukan sesuatu jenayah. Hanya sebahagian kecil sahaja tidak memerlukan perancangan. 

Ingatlah, penjenayah sedikitpun tidak berasa gerun dengan hukuman mati, selagi mereka tidak diberkas. Wassalam..


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...