Awal tahun-tahun 90-an di awal kerjayaku, pendapatan RM800
sebulan sudah mampu memiliki sebuah rumah teres tiga bilik dengan harga RM55,000.
Kini kaki tangan lepasan U diawal kerjaya yang berpendapatan
tetap RM2,800 sebulan pun belum tentu mampu membeli rumah seperti itu.
Sekarang sudah tiada lagi rumah murah berharga sekitar RM25,000
hingg RM35,00, tiada lagi rumah teres dua tingkat berharga sekitar RM80,000
hingga RM125,000 walaupun sekarang reka bentuk dan keluasan tapak rumah tidak
banyak bezanya berbanding suku abad yang lalu.
Kalau di kawasan urban, rumah teres dua tingkat biasanya antara RM300,000 - RM500,000.
Natijahnya, harga rumah saban tahun asyek melambung dan melambung.
Apa yang menghairankan ialah walau setinggi mana harganya, ia
dilaporkan habis dibeli???
Entahlah?? Betul dibeli orang atau hanya mainan spekulasi pemaju
dan agensi hartanah sahaja??
Maka berebut-rebutlah rakyat jelata mencari projek rumah baru
dek sangat khuwatir harga rumah akan melambung tinggi dan tinggi lagi.
Ironinya, bila rumah siap untuk diduduki, naiklah kain rentang
yang mengiklankan “RUMAH UNTUK DIJUAL DAN HARGA BOLEH DIRUNDING”. Bukan sebuah,
tetapi banyak buah yang diuruskan oleh agensi hartanah.
Sejak pertengahan tahun 2000, harga rumah umpama tak
terkawal.
Sikit masa dulu, bila REDHA mencadangkan harga rumah murah
dinaikkan, maka kerajaan akan sedaya-upaya menghalangnya, tetapi kini kenapa
tak??
Kini dibiarkan sahaja pasaran menentukan harga, hinggakan
orang Melayu terutamanya di kawasan urban tidak mampu lagi memiliki rumah di
kawasan tersebut.
Projek rumah rakyat termiskin dan rumah murah sudah lama
tidak wujud lagi??
Kerajaan sepatutnya memberi tahu rakyat secara jelas dan
terang, fakta dan faktor yang sebenarnya berlaku kenapa harga rumah melambung
terlalu ketara seolah-olah tanpa kawalan.
Kata Pak Menteri menceduk dari cakap-cakap ‘pakar’, keadaan
ini adalah disebabkan faktor spekulasi dan faktor harga hartanah.
Kalau begitu, tak kanlah Pak Menteri tak ada ide untuk
mencari jalan penyelesaiannya dan menamatka kemelut harga rumah yang sudah tak
terkawal ini??
Pak Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar atau Exco negeri atau sapa-sapa saja yang berkenaan! Janganlah asyek duduk di kerusi empuk di bilik
penghawa dingin yang nyaman.
Perahlah otak tu sikit, dan buatlah sesuatu yang lebih pro aktif.
Perahlah otak tu sikit, dan buatlah sesuatu yang lebih pro aktif.
Fikir lah atau cari lah apa
saja sumber samada akta, undang-undang, kuasa atau apa-apa saja lah yang
termampu demi menyelesaikan kemelut yang amat membelengu rakyat kelas pertengahan dan bawahan ini.
Itupun jika ada keikhlasan dan niat kerana Allah!

No comments:
Post a Comment