Tuesday, 22 September 2015

Cina Malaysia nak jadi seperti pelobi Yahudi le pulak!.



Sekarang ini kaum Cina di Malaysia umpama Yahudi di Amerika Syarikat. Bangsa mereka tentu sekali tidak boleh dicuit langsung melalui komen atau kritikan oleh sesiapa sahaja. 

Tentu sekali sesiapa yang berbuat demikian akan berhadapan dengan pelbagai bentuk serangan dari media massa dan media sosial,laporan polis dan juga mungkin pemboikotan barang-barang yang ada kena mengena dengan mereka yang mengkritik kaum mereka.

Bagi sesiapa yang ingin memahami cara kaum Cina di Malaysia sekarang menunjukkan kekuatan lobi mereka bolehlah ambil iktibar daripada strategi Yahudi di Amerika Syarikat.

Luangkan masa membaca buku They Dare To Speak Out oleh Ahli Kongres Paul Findley.

Beliau menceritakan bagaimana pelobi Yahudi di dalam kerajaan dan pembangkang di Amerika Syarikat berkerjasama membelasah sesiapa sahaja yang mengkritik Israel, Yahudi atau menyokong Palestin.

Mana-mana ahli kongres yang menyokong isu Palestin atau mengkritik Israel akan dilabel sebagai anti-Yahudi. Seterusnya kumpulan ini akan menghantar surat kepada penyokong -penyokong ahli kongres ini bagi memburukkan ahli kongres terbabit.

Kumpulan ini juga akan mengecam mana- mana penyumbang dana kepada ahli kongres terbabit sebagai penyokong anti Yahudi. 

Masyarakat Cina di Malaysia sudah mula mencontohi perangai Yahudi Amerika Syarikat.

Pantang ada kritikan dan komen mengenai komuniti mereka maka orang tersebut dianggap anti Cina, anti perpaduan dan cuba menggugat keharmonian negara. 

Berapa banyak laporan ke atas Tun Mahathir, Perkasa, Ibrahim Ali, malah portal Mykmu.net sendiri atas dakwaan cuba mencetuskan kekacauan perkauman hanya kerana mengkritik kaum Cina.

Apakah kaum Cina terlalu besar sehingga tidak boleh dikritik dan ditegur? Dalam masa yang sama mereka memboikot apa sahaja produk yang ada kena mengena dengan tokoh-tokoh Melayu.

Banyak syarikat-syarikat kepunyaan Melayu seperti seperti Petron, Bernas, KFC, malahan syarikat GLC seperti Petronas telah menjadi mangsa mereka melalui Red Bean Army.

Siapa sebenarnya yang merosakkan hubungan antara kaum di negara ini? 

Siapakah lebih resis?

Saturday, 19 September 2015

Malay 4 the Malays : DURBAR 1931




Persidangan Raja-Raja Melayu (DURBAR) - 1931
Perbalahan antara kaum yang berlaku di negara ini berpunca daripada kejahilan generasi muda berkenaan sejarah.

Pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mengetahui bahawa hak keistimewaan itu sudah lama wujud dan diiktiraf oleh pihak British.

Jika kita memberi tumpuan kepada sejarah, kita akan faham apa sebenarnya yang telah berlaku.
British tak pernah menafikan ini adalah tanah orang Melayu.

Pada tahun 1931 di Durbar, persidangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Seri Menanti memang sudah ditetapkan, ‘Malaya for the Malays’, itu sangat jelas. 

Sebelum perang dulu, tak ada orang yang mempersoalkan perkara tersebut.

Ketika British berada di Tanah Melayu, orang Melayu mempunyai kelebihan berdasarkan status ‘rakyat raja’ yang diberikan kepada orang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu ketika itu.

Sepanjang masa penaklukan British di negeri-negeri Melayu ini, hak keistimewaan Melayu sudah wujud, walaupun bukan dipanggil Perkara 153.

Sebelum perang dunia kedua, sesiapa yang lahir di Negeri-Negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka, Singapura (Negeri-Negeri Selat itu dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British) – sesiapa yang lahir di situ termasuk orang Melayu secara automatik akan menjadi rakyat British.

Sesiapa yang lahir di negeri-negeri Melayu (negeri-negeri Melayu tak bersekutu – Johor, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan) -  kalau ibu bapa mereka adalah orang Melayu, mereka menjadi rakyat raja. Kalau ibu bapa bukan orang Melayu, mereka menjadi stateless citizen.

Kalau orang Melayu melangar undang-undang, membuat kesalahan serius, mereka boleh dibuang negeri tapi buat sementara, kemudian boleh kembali ke sini, Tanah Melayu tempat asal mereka.

Tapi orang bukan Melayu akan dihantar balik ke negara asal mereka dan mereka tidak dibenarkan pulang semula ke Tanah Melayu.

Sunday, 21 June 2015

Meng-out-source-kan lah sangat pentadbiran kerajaan ni!




Assalammualaikaum dan selamat sejehtera….

Agak-agak apakah punca kepada segala masalah yang melanda negara kita kini? 

Rujuk kepada sejarah, Rom jatuh kerana Brutus. 

kejatuhan keluarga diraja Russia kerana Gregory Rasputin.

Turki Uthmaniyyah musnah kerana Lawrence of Arabia.

Kejatuhan kesultananan Melayu Melaka pula adalah kerana Raja Mendaliar.

Nampaknya karekter yang serupa wujud sepanjang zaman. 

Apakah Malaysia yang sudah berusia 58 tahun akan jatuh kerana karekter ini?

Terserah kepada anda untuk menilainya!

Bandingkan sendiri dengan realti semasa di sekeliling anda.

Apakah dia ini bercakap dengan fakta atau sekadar temberang kosong memperbodohkan kepimpinan sedia ada?

Adakah kepimpinan sedia ada tak tahu berfikir secara waras?

Kalau tengok dalam klip video itu sendiri, bagaimana nilai-nilai kenegaraan seperti Bahasa Kebangsaan diketepikan begitu sahaja!

Lucunya, ada yang sebarkan klip video ini kononnya sebagai jawapan kepada segala permasalahan yang berlaku.

Sebenarnya, individu inilah antara pencetus pelbagai masalah ala-ala karekter Rasputin. 

Mungkin ramai kagum kepada ‘punah-sihat’ PM ini kerana hujahnya disampaikan di dalam bahasa Inggeris.


Selepas keluar dewan, mereka tidak perlukan lagi check and balance untuk pastikan hujah karekter ini benar atau auta.

Itulah kualiti pemikiran mereka yang berada di dalam kerajaan sekarang

Ramai yang kagum dengan individu di dalam klip video di atas kerana beberapa ketika telah mengembalikan MAS kembali ‘untung’.

Kagum kerana telah menjual asset-asset MAS untuk tunjukkan angka-angka positif hanya di atas kertas!

Apabila MAS kembali rugi dan hampir bangkrap hingga sudah tak ada asset langsung dan pengurusan MAS pula terpaksa digadai kepada warga asing, kenapa dia membisu?

Kalau hebat sangat kenapa tak beri idea-idea bernas!

Mungkin dia beruntung kerana keliberalan PM membolehkan dia terus kekal dalam kerajaan. 
Inilah banggangnya punah-sihat di sekeliling PM di dalam kerajaan sekarang.

Hanya yang petah berbahasa Inggeris dan graduate dari oversea dan pandai bermain angka sahaja pasti diberi tempat istimewa.

Jika anda mahu menjawat jawatan pengurusan tertinggi, anda hanya perlu graduate dari oversea serta hebat berspeaking English macam karekter di atas.

Itu menunjukkan anda sudah cukup hebat sebagai punah-sihat PM dan dimata bos anda!

Friday, 19 June 2015

Bulan Ramadhan adalah bulan pembaziran?


Bulan Ramadhan yang indah di mana rakan-rakan Islam memeriahkan masjid dan surau dan tak lupa juga turut memeriahkan bazar Ramadhan.

Pelbagai makanan boleh didapati di mana sahaja di sepanjang bulan mulia ini.

Pesta untuk mencuba pelbagai jenis makanan!

Tak kira lah dan apa nak jadi jadilah! 

Walau harga makanan semakin melambung, namun bazaar tetap meriah dengan pembeli. 

Tetapi berapa ramaikah di antara kita sebenarnya menghabiskan makanan yang kita beli?

Satu dapatan kajian telah dijalankan oleh Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) sungguh mengejutkan.

Rakyat Malaysia telah membuang 30 juta Kg makanan di sepanjang bulan Ramadhan tahun lalu iaitu kira-kira 1 juta Kg atau persamaan persamaan 1000 tan sehari.

Menurut laporan dari kajian tersebut, jumlah ini cukup memberi makan tujuh juta orang di negara yang berhadapan dengan konflik seperti Togo, Sierra Leone, Nicaragua, Gambia dan Botswana.

Makanan seberat 30 juta kg ini juga mampu memberi makan 3.8 juta penduduk di Bosnia Herzegovina, sebanyak dua kali.

Sejumlah 1,000 buah lori satu tan diperlukan untuk mengangkut sisa harian iaitu persamaan dengan 30,000 lori sebulan.

Peratusan makanan yang dibazirkan di seluruh negara meningkat saban tahun  antara 15% dan 20% pada bulan Ramadhan sehingga perayaan  Aidilfitri.

Dapatan kajian tersebut juga mendapati di luar bulan Ramadhan sahaja, rakyat Malaysia secara purata membuang kira-kira 800,000 kg makanan sehari.

Kita marah bila harga makanan melambung tinggi  tetapi kita lupa daratan, mengapa ianya berlaku?

Peniaga : jangan seksa pemngguna di bulan Ramadhan.

Pengguna : janganlah seksa perut anda di bulan Ramadhan.

Membazir adalah amalan syaitan laknatullah.

Wednesday, 17 June 2015

Di mana keadilan apabila Dong Zhong dikecuali GST.


Keputusan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong mengecualikan GST ke atas yuran peperiksaan sekolah kendalian Dong Zhong sangat mengecewakan.

Apakah motif keistimewaan yang diterima sekolah terbabit? 

Apa keistimewaan Dong Zhong hingga diberi pengecualian GST ini?

Apakah mereka tidak cukup istimewa dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan?

Sesungguhnya kerajaan sudah tidak berlaku adil kerana membuat keputusan tersebut sedemikian dan seharusnya lebih bijak dan amanah dalam menjalankan amanah rakyat bagi melaksanakan cukai berkenaan.

Kenapa perlu diberi pengecualian kepada mereka sedangkan hasil kutipan yuran peperiksaan mereka pasti melebihi had kadar minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk dikenakan cukai GST?



Mengapa perlu ada perbezaan sedangkan pribumi yang mempunyai hak keistimewaan juga tidak terlepas dari GST.

Pelaksanaan GST ini harus diselaraskan di semua peringkat dengan telus.

Amat tidak adil jika ada pihak yang dikecualikan GST namun mereka seharusnya dikenakan GST tersebut.

Sepatutnya kerajaan lebih peka dengan mendahulukan kestabilan ekonomi negara dan juga kesejahteraan rakyat mejoriti.



Masih banyak sekolah yang tidak menerima peruntukan yang cukup dan itu lebih penting untuk diberikan perhatian berbanding mengecualikan GST dari sekolah kendalian Dong Zhong.

Ianya telah memperlihatkan kelemahan kerajaan dalam penyelarasan dan perlaksanaan GST. 


Kerajaan seharusnya teliti dan peka dengan penyelarasan dan perlaksanaan cukai ini.



Pengecualian cukai seperti ini tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial negara.

Berapa banyak lagi keistimewaan harus diberi kepada Dong Zhong? Tidak cukupkah berjuta ringgit diperuntukkan kepada Dhong Zhong selama ini?

Kualiti Kereta Berjenama Proton


Apakah motifnya TV3 berkempen memburuk-burukan kereta Proton?

Pernah tu,tiga malam berturut-turut menghentam kereta Proton.

Macam tak percaya pula TV3 sanggup memburuk-burukkan kereta nasional negara sendiri.

Tak kan pula TV3 sanggup memburuk-burukkan kereta nasional sendiri?

Macam tak percaya pula!

Memang proton ada kelemahannya, kereta jenama lain termasuk kereta import pun ada kelemahannya.

Tapi kalau dah stesen TV yang selalunya bersikap ultra-nasionalis sanggup memburuk-burukkan kereta nasional sendiri nampak macam ada benda yang tak kena pulak.

Kalau TV3 memburukkan Merc, BMW, Honda, Nissan, Toyota, Porche memang masuk akal sebab ia bukan produk negara sendiri.

Tapi memburukkan proton, kereta nasional sendiri …

Tak percaya juga TV3 sedang berkempen untuk memburuk proton  bila seorang Tan Sri yang pernah jadi menteri pun kata hal yang sama.

Tapi kepada pemilik proton jangan marah wartawan TV3, mereka hanya ikut perintah bos.

Walau bagaimanapun PROTON kena tingkatkan juga quality, bukan berpuas hati di takuk lama.

Tuesday, 9 June 2015

Adakah hidup bermewah-mewah satu kesalahan di negara ini?

Bukan susah untuk susah, dan bukan senang untuk hidup senang. 


Apatah lagi untuk bermewah-mewah. 

Pasti banyak halangan, rintangan serta jatuh bangun mereka dalam kehidupan yang membawa kepada kejayaan. 


Persepsi bangsa kita (Melayu), apabila ada di kalangan bangsa sendiri hidup bermewah-mewah, pasti ada yang tak kena dan ditohmah dengan pelbagai persepsi negatif.

Individu yang memiliki harta mewah bukanlah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 kecuali pemilikan harta-harta tersebut diperolehi hasil daripada kegiatan rasuah oleh seseorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.


Kata Paul Low, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat seseorang yang dikatakan mempunyai harta mewah yang berlebihan tanpa mempunyai asas siasatan di bawah Akta SPRM 2009.


Setakat ini, SPRM tidak menemukan sebarang predicate offence yang dapat memenuhi kehendak di bawah Seksyen 36, Akta SPRM 2009.


“Oleh itu mana-mana pihak atau individu yang mempunyai sebarang maklumat serta bukti kukuh berkaitan isu ini, bolehlah melaporkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya.


Terdahulu, kecoh di media sosial apabila laporan polis seorang pegawai SPRM berhubung kejadian pecah masuk rumahnya yang menyebabkan kehilangan barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah.


Bagaimapun, hasil siasatan mendapati barangan mewah tersebut milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.


Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.


Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...