Bukan susah untuk susah, dan bukan senang untuk hidup
senang.
Apatah lagi untuk bermewah-mewah.
Pasti banyak halangan, rintangan serta
jatuh bangun mereka dalam kehidupan yang membawa kepada kejayaan.
Persepsi bangsa kita (Melayu), apabila ada di kalangan bangsa sendiri hidup
bermewah-mewah, pasti ada yang tak kena dan ditohmah dengan pelbagai persepsi negatif.
Individu yang memiliki harta mewah bukanlah satu kesalahan
di bawah Akta SPRM 2009 kecuali pemilikan harta-harta tersebut diperolehi hasil
daripada kegiatan rasuah oleh seseorang, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.
Kata Paul Low, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
tidak boleh menyiasat seseorang yang dikatakan mempunyai harta mewah yang
berlebihan tanpa mempunyai asas siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Setakat ini, SPRM tidak menemukan sebarang predicate offence
yang dapat memenuhi kehendak di bawah Seksyen 36, Akta SPRM 2009.
“Oleh itu mana-mana pihak atau individu yang mempunyai
sebarang maklumat serta bukti kukuh berkaitan isu ini, bolehlah melaporkan
kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila laporan polis
seorang pegawai SPRM berhubung kejadian pecah masuk rumahnya yang menyebabkan
kehilangan barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah.
Bagaimapun, hasil siasatan mendapati barangan mewah tersebut
milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob
berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial
ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.
Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu
ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu
mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.
No comments:
Post a Comment