Friday, 19 June 2015

Bulan Ramadhan adalah bulan pembaziran?


Bulan Ramadhan yang indah di mana rakan-rakan Islam memeriahkan masjid dan surau dan tak lupa juga turut memeriahkan bazar Ramadhan.

Pelbagai makanan boleh didapati di mana sahaja di sepanjang bulan mulia ini.

Pesta untuk mencuba pelbagai jenis makanan!

Tak kira lah dan apa nak jadi jadilah! 

Walau harga makanan semakin melambung, namun bazaar tetap meriah dengan pembeli. 

Tetapi berapa ramaikah di antara kita sebenarnya menghabiskan makanan yang kita beli?

Satu dapatan kajian telah dijalankan oleh Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) sungguh mengejutkan.

Rakyat Malaysia telah membuang 30 juta Kg makanan di sepanjang bulan Ramadhan tahun lalu iaitu kira-kira 1 juta Kg atau persamaan persamaan 1000 tan sehari.

Menurut laporan dari kajian tersebut, jumlah ini cukup memberi makan tujuh juta orang di negara yang berhadapan dengan konflik seperti Togo, Sierra Leone, Nicaragua, Gambia dan Botswana.

Makanan seberat 30 juta kg ini juga mampu memberi makan 3.8 juta penduduk di Bosnia Herzegovina, sebanyak dua kali.

Sejumlah 1,000 buah lori satu tan diperlukan untuk mengangkut sisa harian iaitu persamaan dengan 30,000 lori sebulan.

Peratusan makanan yang dibazirkan di seluruh negara meningkat saban tahun  antara 15% dan 20% pada bulan Ramadhan sehingga perayaan  Aidilfitri.

Dapatan kajian tersebut juga mendapati di luar bulan Ramadhan sahaja, rakyat Malaysia secara purata membuang kira-kira 800,000 kg makanan sehari.

Kita marah bila harga makanan melambung tinggi  tetapi kita lupa daratan, mengapa ianya berlaku?

Peniaga : jangan seksa pemngguna di bulan Ramadhan.

Pengguna : janganlah seksa perut anda di bulan Ramadhan.

Membazir adalah amalan syaitan laknatullah.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...