Sunday, 21 June 2015

Meng-out-source-kan lah sangat pentadbiran kerajaan ni!




Assalammualaikaum dan selamat sejehtera….

Agak-agak apakah punca kepada segala masalah yang melanda negara kita kini? 

Rujuk kepada sejarah, Rom jatuh kerana Brutus. 

kejatuhan keluarga diraja Russia kerana Gregory Rasputin.

Turki Uthmaniyyah musnah kerana Lawrence of Arabia.

Kejatuhan kesultananan Melayu Melaka pula adalah kerana Raja Mendaliar.

Nampaknya karekter yang serupa wujud sepanjang zaman. 

Apakah Malaysia yang sudah berusia 58 tahun akan jatuh kerana karekter ini?

Terserah kepada anda untuk menilainya!

Bandingkan sendiri dengan realti semasa di sekeliling anda.

Apakah dia ini bercakap dengan fakta atau sekadar temberang kosong memperbodohkan kepimpinan sedia ada?

Adakah kepimpinan sedia ada tak tahu berfikir secara waras?

Kalau tengok dalam klip video itu sendiri, bagaimana nilai-nilai kenegaraan seperti Bahasa Kebangsaan diketepikan begitu sahaja!

Lucunya, ada yang sebarkan klip video ini kononnya sebagai jawapan kepada segala permasalahan yang berlaku.

Sebenarnya, individu inilah antara pencetus pelbagai masalah ala-ala karekter Rasputin. 

Mungkin ramai kagum kepada ‘punah-sihat’ PM ini kerana hujahnya disampaikan di dalam bahasa Inggeris.


Selepas keluar dewan, mereka tidak perlukan lagi check and balance untuk pastikan hujah karekter ini benar atau auta.

Itulah kualiti pemikiran mereka yang berada di dalam kerajaan sekarang

Ramai yang kagum dengan individu di dalam klip video di atas kerana beberapa ketika telah mengembalikan MAS kembali ‘untung’.

Kagum kerana telah menjual asset-asset MAS untuk tunjukkan angka-angka positif hanya di atas kertas!

Apabila MAS kembali rugi dan hampir bangkrap hingga sudah tak ada asset langsung dan pengurusan MAS pula terpaksa digadai kepada warga asing, kenapa dia membisu?

Kalau hebat sangat kenapa tak beri idea-idea bernas!

Mungkin dia beruntung kerana keliberalan PM membolehkan dia terus kekal dalam kerajaan. 
Inilah banggangnya punah-sihat di sekeliling PM di dalam kerajaan sekarang.

Hanya yang petah berbahasa Inggeris dan graduate dari oversea dan pandai bermain angka sahaja pasti diberi tempat istimewa.

Jika anda mahu menjawat jawatan pengurusan tertinggi, anda hanya perlu graduate dari oversea serta hebat berspeaking English macam karekter di atas.

Itu menunjukkan anda sudah cukup hebat sebagai punah-sihat PM dan dimata bos anda!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...