Wednesday, 17 June 2015

Di mana keadilan apabila Dong Zhong dikecuali GST.


Keputusan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong mengecualikan GST ke atas yuran peperiksaan sekolah kendalian Dong Zhong sangat mengecewakan.

Apakah motif keistimewaan yang diterima sekolah terbabit? 

Apa keistimewaan Dong Zhong hingga diberi pengecualian GST ini?

Apakah mereka tidak cukup istimewa dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan?

Sesungguhnya kerajaan sudah tidak berlaku adil kerana membuat keputusan tersebut sedemikian dan seharusnya lebih bijak dan amanah dalam menjalankan amanah rakyat bagi melaksanakan cukai berkenaan.

Kenapa perlu diberi pengecualian kepada mereka sedangkan hasil kutipan yuran peperiksaan mereka pasti melebihi had kadar minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk dikenakan cukai GST?



Mengapa perlu ada perbezaan sedangkan pribumi yang mempunyai hak keistimewaan juga tidak terlepas dari GST.

Pelaksanaan GST ini harus diselaraskan di semua peringkat dengan telus.

Amat tidak adil jika ada pihak yang dikecualikan GST namun mereka seharusnya dikenakan GST tersebut.

Sepatutnya kerajaan lebih peka dengan mendahulukan kestabilan ekonomi negara dan juga kesejahteraan rakyat mejoriti.



Masih banyak sekolah yang tidak menerima peruntukan yang cukup dan itu lebih penting untuk diberikan perhatian berbanding mengecualikan GST dari sekolah kendalian Dong Zhong.

Ianya telah memperlihatkan kelemahan kerajaan dalam penyelarasan dan perlaksanaan GST. 


Kerajaan seharusnya teliti dan peka dengan penyelarasan dan perlaksanaan cukai ini.



Pengecualian cukai seperti ini tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial negara.

Berapa banyak lagi keistimewaan harus diberi kepada Dong Zhong? Tidak cukupkah berjuta ringgit diperuntukkan kepada Dhong Zhong selama ini?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...