Nampaknya
isu-isu melibatkan agama Islam di Malaysia semakin hebat menerima serangan.
Tidak
seperti dekad-dekad yang lalu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan sudah tidak
lagi dihormati.
Perjuangan
menjadikan Malaysia sebuah negara liberal yang menganjurkan persamaan semua
agama semakin menjadi-jadi.
Teladani
polemik RUU355.
Pindaan
akta ini telah diserang begitu hebat pemimpin politik bukan Islam mahupun Islam
tidak terkecuali juga para agamawan Islam sendiri.
Pelik
kan!
Usul
RUU355 yang bersifat begitu teknikal, bermatlamat menaiktaraf martabat Islam
dan eksklusif hanya kepada penjenayah beragama Islam ini mendapat tentangan
sebegini dahsyat?
Kini isu Dr
Zakir pulak!
Beliau
difitnah sebagai individu yang mengancam perpaduan rakyat Malaysia pulak!
Dikaitkan
pulak dengan kumpulan pengganas.
Dia
diwatakkan seperti penjenayah berbahaya.
Sesiapa yang
pernah menonton ceramah beliau, tak pernah sekali-kali beliau memperomosikan
keganasan.
Ceramahnya
sarat dengan hujah ilmiah dan logikal yang menepati manhaj akademik.
Beliau
tidak pernah menghina sesiapapun dan sangat hormat kepada undang-undang dan
pemerintah setiap negara yang dilawati.
Lalu
apakah punca sebenar semua musibat ini berlaku?
Jawapannya
hanyalah untuk mengliberalkan negara ini!
Sungguh
dengkal dan agak ‘bongok’ apabila segelintir agamawan Islam sendiri telah
memberi ‘modal hujah’ kepada golongan anti Islam ini.
Konon-konon
di atas nama hak untuk berbeza, umat Islam sendiri membina tembok diantara sesama
Muslim, sehingga tidak boleh duduk bersama walaupun demi kepentingan Islam di
negara ini.
Satu-satunya
cara membantut cita-cita golongan anti-Islam ini, umat Islam harus bersatu
atas nama Islam, termasuk juga sesetengah ‘agamawan politik’.
Wajib
buang percanggahan ideologi, mazhab, aliran, dan semuanya dan sama-sama
pertahankan Islam.
Jangan
lagi bercakap tentang perbezaan, tentang perkara khilaf, kerana ianya tak
pernah menguntungkan agama Islam itu sendiri.
Atas nama
muslim, sama-sama pertahan pemerkasaan syariat Islam dan sama-sama meluhurkan RUU
355 serta pertahankan Dr Zakir Naik!
No comments:
Post a Comment