Monday, 4 September 2017

Gerakan fahaman Evangelis di seluruh dunia.


Christian Right @ Religious Right dan golongan yang dipanggil Neo-Conservatives atau Neo-Cons sangat cergas dalam politik dan sangat berpengaruh semasa pentadbiran George W. Bush.

Pendirian mereka terhadap isu-isu berkait Islam, Arab dan Palestin sangat keras.

Bersama-sama dengan golongan Neo-Cons, Religious Right ini melobi Sanet AS supaya menggunakan kuasa ketenteraan dalam krisis antarabangsa, khususnya yang membabitkan negara Islam.

Umum percaya Yahudi sangat berpengaruh ke atas dasar- dasar AS.

Tetapi golongan Christian Right dan Neo-Cons yang paling lantang menggerakan dasar-dasar pro-Israel oleh AS.

Sebuah badan amal AS, Carnegie Endowment for International Peace pada tahun 2013 mengganggarkan:

- 2.01 bilion penganut Kristian.
- 2.08 bilion penganut Islam
- 13.9 juta penganut Yahudi.

Ikut logik, susah bagi orang Yahudi nak wujud dan pertahankan negara Israel yang terletak di tengah-tengah dunia Islam.

Golongan Christian Right dan Neo-Con pula sangat sangsi dengan bilangan Islam yang semakin bertambah di Eropah dan AS sendiri.

Untuk lebih jelas mengenai peranan Christian Right dan Neo-Cons dalam isu Yahudi dan Israel, kita kena balik kepada sejarah.

Perlu ingat!

Bukan orang Yahudi yang wujudkan negara Israel.

Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, orang Yahudi tak ada negara dan mereka tersebar di seluruh Eropah, Amerika Utara, Russia dan sebahagiannya di Afrika Utara.

Selepas Perang Dunia Kedua, dua kuasa besar British dan Perancis sangat bimbang orang Yahudi menuntut hak dan jadi lebih berpengaruh selepas ditindas oleh Hitler.

Ketika itu, British dan Perancis menguasai sebahagian besar wilayah Arab yang dulunya milik Empayar Othmaniyyah termasuklah Palestin.

Salah satu cara atasi masalah itu ialah dengan menghasut Yahudi di negara mereka berhijrah ke Palestin.

Konspirasi ini telah bermula sejak 1917 lagi melalui Deklarasi Balfour antara menteri luar British Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild pemimpin Zionis Inggeris untuk menyokong sebuah negara bernama Israel.

Pada Mei 1948, maka wujudlah sebuah negara Israel di bumi Palestin.

Ketika ini, kewujudan negara Israel telah dijamin kekalnya oleh orang Kristian berfahaman Evangelis.

Pada 14 Oktober 2016, seorang rabbi wanita AS, Jill Jacobs dalam Washington Post mengatakan, pembayar cukai AS adalah antara pihak yang bertanggungjawab membiayai pencerobohan Yahudi ke atas tanah dan harta milik orang Palestin di Tebing Barat.

Manakala dalam web Christian Science Monitor, Christa Case Bryant, pula dalam rencana 18 Disember 2012 berkata, gerakan Zionis semakin berpengaruh ke atas politik AS sejak 10 - 15 tahun dengan kerjasama Kristian Evangelis, khususnya dalam hal kepentingan Israel.

Islam kena faham konspirasi yang sedang berlaku pada peringkat antarabangsa untuk terus melaga-lagakan antara Islam dan Yahudi hingga orang Islam terlupa atau terlepas pandang keadaan sebenar.

Cabaran terhadap umat Islam hari ini, termasuk di negara kita, adalah gerakan Kristian Evangelis, Neo-Cons dan golongan liberal.

Baru-baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan sebuah sambutan pro-Zionis Israel yang mendapat bantahan ramai. Himpunan yang dinamakan sebagai ‘Jerusalem Jubilee’ itu dianjurkan oleh kumpulan Kristian Evangelis dengan menggunakan simbol-simbol Yahudi.

Sambutan yang dianjurkan oleh Calvary Life Assembly Chinese itu juga turut dikritik oleh pemimpin Kristian, Christ Church Bishop Jason Selvaraj.

Mereka inilah yang menuntut pelbagai hak dan persamaan seperti penggunaan kalimah Allah, kebebasan seksual dan hak bersuara tanpa batasan. 

Kalau orang Islam negara kita masih tak sedar dan bertelagah mengenai hal-hal untuk menjatuhkan pemimpin semata-mata, jangan salahkan sesiapa kalau nasib mereka jadi macam nasib orang Palestin. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...