Saturday, 2 September 2017

Islam Moderat

Islam moderat merupakan satu pemahaman Islam yang pada mulanya telah berjaya menarik perhatian banyak pihak.

Namun, setelah masa berlalu dan ‘kebenaran’ Islam moderat terserlah, maka terbukti ianya hanya sekadar retorik.

Kini, Islam moderat menjadi satu alat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam itu sendiri.

Fahaman Islam moderat mula mempersoalkan aurat wanita, ibadah-ibadah dalam Islam, menghalalkan LGBT, konsep dosa peribadi yang tidak kena pada caranya dan lain-lain konsep yang nyata tidak selari dengan pemikiran Islam.

Punca utama kepada masalah ini adalah ‘kebolehan’ setiap pengikutnya untuk mentafsirkan Qur’an dan Hadith, sebagaimana dikehendaki mereka.

Selain tafsiran Qur’an mereka sendiri, pendapat golongan orientalis yang selari dengan fahaman mereka juga dialu-alukan.

Hasil pendekatan ‘suka hati’ ini telah membawa kepada pelbagai penafsiran Qur’an dan Hadith.

Mereka mendakwa, Nabi menganjurkan seks sesama lelaki, semua agama itu sama, menutup kepala bukan sebahagian daripada aurat, hubungan homoseks dibolehkan dalam Islam, lelaki dan perempuan boleh solat bersebelahan dan banyak lagi.

Hasil kejayaan kumpulan ini di Barat telah membuka jalan dan peluang untuk fahaman ini berkembang di negara-negara Islam.

Zuriani Khalid pelopor gerakan LGBT Muslim di Amerika Syarikat melalui pertubuhan Muslims for Progressive Values (MPV) juga mempunyai cawangan sedang rancak memperkembangkan fahaman ini di Malaysia.

Di Malaysia, Komuniti Muslim Universal (KMU) yang juga sealiran dengan MPV sering menganjurkan program yang melibatkan belia-belia Islam bersama Evangelis, dalam gereja juga disertai oleh pendukung-pendukung gerakan LGBT.

Kuasa media terutamanya media sosial digunakan untuk memberi pemahaman baru tentang nilai-nilai kemanusiaan dalam agama, khususnya agama Islam.

Hasil gerakan ini, ramai ulamak yang berfahaman moderat bersama mereka seperti Seyran Ates, Amina Wadud, Elham Manea dan ramai lagi.

Mereka mendampingi nilai-nilai yang bertentangan dengan cara hidup Islam sebagai nilai-nilai kemanusiaan.

Mereka berusaha menerapkan nilai-nialai tersebut ke dalam masyarakat.

Muslimah mula mendedahkan aurat sedikit demi sedikit kerana pengaruh gerakan-gerakan ini yang kononnya memberi nafas baru kepada nilai-nilai Islam yang selama ini dianggap kolot.

Di Malaysia dan Indonesia, pengaruh golongan ini mendapat sambutan yang hebat serta sedang meluaskan pengikut di negara-negara seperti Pakistan dan Bangladesh.


Tiada cara lain untuk mengubat kejahilan melainkan dengan ilmu, namun demikian sumber ilmu tersebut perlu dipastikan sahih. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...