Dikala bangsa Cina semakin kuat dengan
Cinanya dan bangsa India semakin kuat dengan Indianya, orang Melayu pula
semakin menjadi lebih liberal untuk membuktikan kepada bangsa-bangsa ini bahawa
Melayu bukannya resis. Melayu kini menjadi terlalu liberal mengalahkan mereka
yang berfahaman liberal dari Barat walaupun mendakwa mereka berjuang di dalam
wadah parti Islam. segelintirnya pula sanggup mengadai maruah bangsa sendiri malah
bersekongkol dengan bangsa-bangsa ini untuk melemahkan bangsa sendiri.
Kita sering memperkatakan tentang keharmonian
antara kaum dan perlu keluar dari ‘kotak resis’. Persoalannya, adakah Melayu
sahaja yang perlu keluar dari kotak tersebut, sedangkan bangsa-bangsa lain
sesuka hati bersikap resis terhadap Melayu. Kalau Melayu tidak fikir untuk
bangsa Melayu di masa depan, adakah Cina di Malaysia ini berfikir untuk bangsa
Melayu? Jawabnya, “JANGAN MIMPI LA!”
Baru-baru ini di dalam Harakah Online,
Pas begitu memuji seorang Melayu berjawatan CEO di syarikat AirAsia X hanya
kerana bermusuh dengan Utusan Malaysia dan PERKASA. Mereka yang mendakwa memperjuangkan
Islam di negara ini, sepatutnya menegur CEO ini supaya paramugari Melayu Islam
di syarikat berkenaan melabuhkan pakaiannya dengan menutup dada dan memanjangkan skirt serta bersikap sopan bukannya
menyokong membabi buta disebabkan sikap amarah terhadap wadah perjuangan bangsa
sendiri.
Lihatlah layanan mereka terhadap Richard
Branson, yang berpakaian wanita sementara paramugari perempuan di syarikat
berkenaan pula melayannya dengan penuh manja termasuk sesi mencukur bulu kaki.
Di manakah hala tuju Melayu yang berbangga dengan fahaman liberal ini? Paramugari
Melayu di syarikat tersebut menayangkan
betis putih gebu dan memakai rambut palsu semata-mata untuk meraikan Pengerusi
Virgin Group. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan minuman keras dan Melayu-Melayu
liberal dengan rasa bangga bersama-sama menikmatinya.
Selamatkanlah Melayu-Melayu liberal ini
daripada hancur dan membuang idintiti Melayu mereka semata-mata kerana ingin
membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan ‘resis’. Kepada puak-puak yang
mendakwa mereka memperjuangkan Islam ini, sokongan yang diberikan bukan kerana
santimen kebencian terhadap UMNO, PERKASA dan Utusan Malaysia. Sokongan
hendaklah berasaskan kepada apa yang benar dan apa yang salah. Jika tidak 2 X 5
dengan mereka.…..Wassalam.
.jpg)




.jpg)



