Wednesday, 29 May 2013

Jangan Mimpi La!



Dikala bangsa Cina semakin kuat dengan Cinanya dan bangsa India semakin kuat dengan Indianya, orang Melayu pula semakin menjadi lebih liberal untuk membuktikan kepada bangsa-bangsa ini bahawa Melayu bukannya resis. Melayu kini menjadi terlalu liberal mengalahkan mereka yang berfahaman liberal dari Barat walaupun mendakwa mereka berjuang di dalam wadah parti Islam. segelintirnya pula sanggup mengadai maruah bangsa sendiri malah bersekongkol dengan bangsa-bangsa ini untuk  melemahkan bangsa sendiri.

Kita sering memperkatakan tentang keharmonian antara kaum dan perlu keluar dari ‘kotak resis’. Persoalannya, adakah Melayu sahaja yang perlu keluar dari kotak tersebut, sedangkan bangsa-bangsa lain sesuka hati bersikap resis terhadap Melayu. Kalau Melayu tidak fikir untuk bangsa Melayu di masa depan, adakah Cina di Malaysia ini berfikir untuk bangsa Melayu? Jawabnya, “JANGAN MIMPI LA!”

Baru-baru ini di dalam Harakah Online, Pas begitu memuji seorang Melayu berjawatan CEO di syarikat AirAsia X hanya kerana bermusuh dengan Utusan Malaysia dan PERKASA. Mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam di negara ini, sepatutnya menegur CEO ini supaya paramugari Melayu Islam di syarikat berkenaan melabuhkan pakaiannya dengan menutup dada dan memanjangkan skirt serta bersikap sopan bukannya menyokong membabi buta disebabkan sikap amarah terhadap wadah perjuangan bangsa sendiri.

Lihatlah layanan mereka terhadap Richard Branson, yang berpakaian wanita sementara paramugari perempuan di syarikat berkenaan pula melayannya dengan penuh manja termasuk sesi mencukur bulu kaki. Di manakah hala tuju Melayu yang berbangga dengan fahaman liberal ini? Paramugari Melayu di syarikat tersebut menayangkan betis putih gebu dan memakai rambut palsu semata-mata untuk meraikan Pengerusi Virgin Group. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan minuman keras dan Melayu-Melayu liberal dengan rasa bangga bersama-sama menikmatinya.

Selamatkanlah Melayu-Melayu liberal ini daripada hancur dan membuang idintiti Melayu mereka semata-mata kerana ingin membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan ‘resis’. Kepada puak-puak yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam ini, sokongan yang diberikan bukan kerana santimen kebencian terhadap UMNO, PERKASA dan Utusan Malaysia. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar dan apa yang salah. Jika tidak 2 X 5 dengan mereka.…..Wassalam.   







Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...