Tuesday, 14 May 2013

Melayu dan Si Tanggang : Siri 2



Kebebelan dan kebongkakan seorang Melayu yang bernama Azran Osman-Rani yang menghina wadah perjuangan bangsa Melayu PERKASA dan Utusan Malaysia amat keterlaluan. Azlan menerusi akaun Twitter dan Facebook miliknya, secara celupar menuduh PERKASA dengan melebel pertubuhan itu berfikiran sempit serta menuduh Utusan Malaysia sebagai resis.

Tindakan tersebut merupakan sikap kacang lupakan kulit dan bersikap berpaling tadah terhadap bangsa sendiri. Kuasa orang Melayu yang selama ini turut sama diperjuangkan oleh PERKASA dan Utusan Malaysia, telah banyak membantu Melayu termasuk beliau menjawat jawatan CEO AirAsia X pada hari ini. Kedudukan beliau selama ini merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan orang-orang Melayu bukannya bangsa lain yang bersikap lebih resis.

Lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki oleh orang Melayu. dengan kuasa politik di tangan Melayu sahaja, segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga orang Melayu sepertinya kini berada di kedudukan sekarang.

Beliau juga menyatakan rasa meluatnya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dilabel sebagai akhbar resis kerana menyiarkan artikal ‘Apa Lagi Cina Mahu’. Beliau tidak pernah cuba bandingkan apa yang ditulis dan diterbitkan di dalam akhbar-akhbar berbahasa cina dan sesetengah akhbar berbahasa inggeris, siapakah yang paling resis?

Tujuan PERKASA adalah memperjuangkan supaya profesional Melayu mendapat tempat dalam GLC seperti yang sedang anda nikmati sekarang. Walau bagaimanapun, melihat kepada sikap segelintir ‘Si Tanggang’ seperti anda, maka tidak hairanlah mengapa ramai juruterbang berbangsa Melayu telah mengadu kepada PERKASA kesukaran mendapat tempat di syarikat penerbangan Air Asia.

“Ingatlah, sekali Melayu kehilangan kuasa, maka kedudukan orang Melayu seperti kau akan hilang selepas ini. Kaum lain bersikap resis terhadap orang Melayu seperti kau, tetapi kau pulak  pekakkan telinga”. “Apabila orang Melayu mempertahankan hak Melayu seperti kau, kau pulak bersama kaum lain tolong-menolong menjatuhkan dan meng condemn bangsa kau sendiri”. “Kau ni sememangnya talibarut bangsa sendiri, Kau ni lebih teruk dari Si Tanggang”." Ingatlah, semua rezeki dari Allah, tetapi kena usaha untuk ke arah itu".




Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...